Thursday, February 9, 2017

Lebih baik tidak berkawin. Mengapa? - Perkahwinan sepatutnya mudah.

 


Perkahwinan sepatutnya dipermudahkan dan bukan dibebankan.

Trend masa kini dan juga tanggapan masyarakat dan keluarga tentang sesebuah majlis perkahwinan telah menjadikan satu ikatan suci kepada beban. Mengapa boleh jadi begini?






Perkahwinan wujud dalam setiap agama dan kepercayaan walau berbeza konsep tetapi perkahwinan sememangnya satu hubungan yang baik dalam pembentukan institusi kekeluargaan. Tanpa perkahwinan, akan berlaku hubungan seks rambang, kelahiran banyak bayi luar nikah tanpa ibu dan bapa, penyebaran penyakit kelamin dan banyak lagi. Oleh kerana itu, perkahwinan perlua ada untuk mewujudkan institusi kekeluargaan yang harmoni dan bersih untuk sejagat.


Jadi kenapa masih juga ramai yang tidak berkahwin? Dan jika berkahwin, ramai pula yang bercerai-berai? 


Banyak persoalan mula timbul tapi kita akan bincangkan tentang masalah sosial masa kini yang menyebabkan ramai yang memilih bersekedudukan daripada berkahwin? Apakah puncanya? Agama? Keluarga? Atau diri sendiri memilih hidup sebegitu? Walau apapun, ia pasti ada sebab jika sesuatu tindakan dibuat. Jadi apakah sebabnya?


Di barat, kita dapat lihat perkahwinan bukan kagi kemestian. Mereka memilih hidup bersama-sama untuk bertahun-tahun dan hanya memilih untuk berkahwin secara sah jika bersedia. Malah ada yang tidak berkahwin sehingga ke hari tua mereka dan tetap bersama. Ianya juga bertentangan dengan ajaran Kristian namun ianya sudah menjadi kebiasaan dan diterima pakai oleh semua orang berdasarkan situasi semasa. Perkahwinan dianggap satu tanggungjawab yang berat dan komitmen yang sangat tinggi dan mahal dalam sesuatu perhubungan oleh kerana pemahaman dan perspektif masyarakat terhadap  institusi ini terutamanya untuk membuat hanya majlis perkahwinan.


Bayangkan perbelanjaan yang diperlukan untuk sesebuah majlis perkahwinan dari pakaian, door gifts, jamuan makan, temoat, kad jemputan dan macam-macam lagi. Beruntunglah jika anda anak orang kaya yang mampu ditanggung oleh keluarga bagi perbelanjaan majlis perkahwinan. Bagaimana pula mereka yang kurang berkemampuan? Bertahun-tahun bekerja, dan perlu berhutang untuk sebuah majlis perkahwinan, akhirnya yang dibina berakhir dengan penceraian. Ada juga sesetengah bangsa yang mana adat dan budaya mereka meletakkan bebanan dowry atau wang hantaran pada wanita. Maka, wanita menjadi beban kepada ibu bapa jika tidak mampu menyediakan dowry. Jadi apa terjadi kepada mereka yang tidak mampu untuk berkahwin, bercinta tetapi majlis perkahwinan yang  membebankan, sedikit sebanyak, perkahwinan semakin hilang ditelan zaman. Jadi maksiat berleluasa, seks bebas, institusi kekeluargaan semakin rapuh. 


Kenapa semuanya menjadi mahal? Kenapa semuanya dari agama, adat, budaya, pelajaran dipolitikkan dengan wang. Memang ia menguntungkan sesetengah pihak namun lebih banyak membebankan dan akhirnya ianya pudar di telan zaman dan manusia mula hilang kepercayaan dan memilih kebebasan. Siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Apabila wang menjadi keperluan utama, maka diri kita telah diperhambakan tanpa kita sedari.





7 chakra utama mempengaruhi emosi, kesejahteraan diri dan penurunan berat badan kita

   Walaupun anda sudah berusaha keras untuk makan makanan yang sihat dan bersenam tapi masih tidak dapat menurunkan berat badan? Anda telah ...