Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Friday, January 22, 2021

Kes makin meningkat, Ahli Politik yang Bertelagah, Jenayah Makin Banyak, Harga Minyak Naik

 



Tahun ini, 2021 masuk tahun ke-2 kita semua hidup dengan pandemik ini. Vaksin sudah mula diberikan di kebanyakan negara. Ada yang memberikan komen positif ada juga yang memberikan kesan maut. Maklumlah hanya setahun sahaja di hasilkan sedangkan vaksin yang sedia ada untuk penyakit lain, proses nak develop hingga benar-benar boleh digunakan mengambil masa sehingga ke 40 tahun. Jadi, apa yang vaksin 1 tahun ini boleh kita harapkan? Sebenarnya, kita menjadi bahan eksperimen secara paksa rela dalam situasi ini. Nak tak nak, terpaksa ambil. Saya belum dalam keadaan terdesak untuk mengambil vaksin itu, jadi biarlah mereka yang ingin mencuba untuk melakukannya terlebih dahulu untuk mengambil vaksin ini. Semenjak melalui spiritual journey yang dahsyat pada 2017 (kerana bertemu dengan Twin Flame), saya sudah tidak risau akan apa-apa permainan dunia ini. Cuma, melihat kepada kacau bilau yangs sedang di hadapi kita semua, berita tentang Sajat yang tak habis-habis, saya hanya mampu tersenyum. 


Mungkin ada diantara kita masih tidak berapa terkesan dengan situasi sekarang, terutamanya yang bekerja di sektor pendidikan: Cikgu, pensyarah, mereka yang bekerja di kerajaan, masih mempunya gaji bulanan dan mampu bershopping lagi. Manakala mereka yang bekerja di sektor swasta, kedai-kedai, shopping mall, mungkin sudah merasai kesukaran malah ada yang sudah diberhentikan kerja dan tidak ada sumber pendapatan langsung. Di tambah pula dengan kenaikan harga minyak, kes jenayah pasti akan meningkat.


2018 saya pernah memberitahu beberapa rakan yang rapat yang juga dalam perjalanan rohani ini, apa yang saya nampak bakal berlaku, walaupun mereka sedang melaluinya, tapi mereka masih samar-samar dan saya telah melepasi tahap yang mereka sedang lalui. Malah ketika itu saya dapat banyak vision tentang masa depan. So far, semua yang saya nampak benar-benar berlaku seperti yang saya katakan.


Saya ingat pada bulan Januari 2020, ketika saya memandang ke langit, saya dapat merasakan sesuatu akan berlaku di Malaysia, saya mula rasa dan nampak vision cuma ketika itu saya tidak nampak jelas apa yang datang saya nampak seperti ramai orang sakit sahaja. Saya beritahu kepada rakan saya Z***, sesuatu akan berlaku, tetapi dia memang ada satu pemikiran yang susah nak terima atau dengar pendapat orang, tapi saya faham dia di peringkat itu yang mana dia masih ada ego yang tinggi. Jadi saya biarkan sahaja. Malah pada tahun sebelum itu juga bulan 12, 2019, pada bulan Mac, May, Jun 2020 saya ada membuat posting di FB saya untuk bg "hint" kepada orang ramai tentang situasi yang makin meburuk. Malah saya memberitahu beberapa rakan saya seperti H**** dan A****. Ada yang percaya dan ada yang tidak. Saya kata bulan 9, 2020 akan teruk balik kes. Tiada siapa mahu dengar kerana ketika itu Malaysia telah war-warkan kita sudah dapat melawan Corvid-19!!!


Masuk bulan 9, 2020, mula dapat kes baru dan kematian. Malah semakin hari semakin banyak. Namun mereka masih tidak percaya. Dan ada pula yang memerli saya. Namun, saya masih lagi beritahu mereka 2021 akan jadi semakin teruk dengan natural disaster yang akan turut datang. Pun mereka tidak mahu percaya.


Bayangkan jika saya memberitahu rakan yang mereka kata melalui spiritual journey pon tidak mahu percaya, apatah lagi mereka yang tidak melalui perjalanan rohani ini. Lgilah sukar untuk mereka menerima perkara yang saya sampaikan ini.


Namun, saya hanya mampu beritahu, percaya atau tidak, terpulang kepada anda, terpulang kepada mereka.


Saturday, January 16, 2021

Dunia dan Kacau-bilau. Manusia yang bangkit dan mereka yang masih belum bangkit. Di manakah kesudahannya?

 


Baru sahaja kita dengar berita tentang banjir di negara kita yang sedang reda di kawasan pantai Timur dan Selatan, kini banjir di Sabah dan Sarawak pula. Kemudian apabila pesawat Sriwijaya Air terhempas,  Amerika pula sedang huru-hara sejak kekalahan Trump dengan tunjuk perasaan bertukar kepada tunjuk perasaan bersenjata, kemudian hari ini Gunung Semeru meletus lagi melepaskan debu tebal. 

Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini perubahan dengan peradaban manusia memang mula berubah dengan dahsyatnya, perang dan keganasan di sana sini di sebalik ramai yang sedang melalui perjalanan kebangkitan rohani. Yang kejam masih terus kejam, yang masih tidak bangkit masih ramai, namun ramai juga yang mula bangkit. 

Begitu juga dengan iklim dunia. Perubahan iklim dunia jugak sejak 2-3 tahunkebelakangan ini agak haru-biru. Kebakaran hutan, bajir, ribut taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi sehingga kutub utara juga mula mencair malah pandemik akibat Corvid19 yang telah melumpuhkan seluruh ekonomi dunia.

Kemana akhirnya kesemua ini akan membawa kita umat manusia? PENYATUAN ATAU KEMUSNAHAN? Adakah anda takut? Adakah anda tidak takut? Atau mungkin anda tidak tahu apa mahu dijangka. Saya telah membuat banyak ramalan dan memberitahu kepada ramai sebelum ini, namun ramai yang tidak mempercayainya. Malah saya telah membuat ramalan politik juga. Entah dari mana saya tahu juga saya tiada jawapan tapi itulah kelebihan saya.

Walau apa pun yang kita sedang lalui dan akan lalui, hadapinya dengan hati yang terbuka dan berpeganglah pada hati anda. Biarkan hati menjadi panduan.

Friday, February 9, 2018

The Calling atau Panggilan. Dari siapa dan untuk apa? Perjalanan Rohani. Bagaimanakah ianya bermula?

 Panggilan. Apa yang memanggil? Panggilan keramat anda. Ia adalah panggilan rohani. Ya, anda telah dipanggil. Tetapi adakah anda memahami panggilan anda?



 

Pada hari ini ramai yang sedang meniti titian rohani. Ramai yang telah dibukakan mata hatinya untuk meniti titian ini. Ianya bukan satu jalan yang mudah. Amat sukar dan ramai ynag tergelincir. Akibatnya, terpaksa meniti semula. Ramai yang keliru dan masih keliru tentang panggilan mereka. Kadang-kadang, jika dibantu, selagi ego dan nafsu masih tinggi dan tebal dalam diri, agak sukar untuk dibantu. Walaupun ada juga yang mengatakan mereka tidak ada ego dan nafsu sebegitu, hakikatnya mereka masih ada semua itu malah, penafian itulah ego mereka, namun mereka tidak mnyedarinya. Di sinilah ujian untuk mereka yang cuba membantu. Melawan ego, nafsu dan kesombongan mereka yang sedang dalam perjalanan kerohanian. 


Perjalanan Rohani. Bagaimanakah ianya bermula?




1.      Jika kita melihat seseorang mula mempertikaikan agama, sistem di dalam sesebuah pemerintahan, ketidak adilan sejagat, ini bermakna mereka baharu sahaja memulakan perjalanan rohani mereka. Di sini mereka sedang mencari makna terhadap segala-galanya disekeliling mereka. Penuh dengan kemarahan dan api kebencian, jadi amat sukar untuk berbincang dan dinasihati pada peringkat ini. Ada sahaja ketidak puasan dalam hati mereka. Mereka akan mula condemn agama, kerajaan, adat dan budaya mereka sendiri. Walaupun banyak yang di baca, dipelajari, agak sukar difahami dan diproses pada peringkat ini.

              Berapa lama tempohnya adalah bergantung ini kerana seseorang itu perlu belajar mengenali diri sendiri, memahami perjalanan hidupnya, belajar daripadanya, buang ego dan nafsu terhadap dunia dan kebendaan. Mungkin setahun, mungkin dua tahun dan boleh jadi 10 tahun.


2.            Setelah itu, mereka akan mula berubah kepada seorang yang sangat penyedih, mudah simpati dan mudah menangis. Mengapa? Sedangkan sebelum ini penuh dengan kemarahan dan kebencian? Bukankah saya katakan bahawa mereka perlu belajar mengenali diri sendiri, memahami perjalanan hidupnya dan belajar daripadanya? Selepas mereka telah belajar, barulah mereka mula memahami mengapa semua ini berlaku kepada mereka, kepada manusia, kepada dunia. Apa yang berlaku sebelum ini, kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan, kekejaman dunia memberikan terlalu banyak penyesalan dan penyiksaan dalam hati mereka sehingga mereka mula memandang dunia dengan berbeza walaupun terhadap perbuatan jahat orang lain. Di sinilah peringkat di mana mereka mula menjadi empath.

                    Hidup akan dipenuhi kesedihan dan dunia seakan-akan tempat yang sudah tidak dikenali lagi. Mereka akan mula menyendiri. Menjauhi kawan-kawan yang dulu sering berhibur, bershopping dan bergossip. Energi atau tenaga negatif memenatkan dan menyakitkan mereka. Mereka sudah berubah secara mental dan emosional ketika ini. Ketika ini juga, mereka cuba memahami erti hidup mereka, apa yang menggembirakan mereka, apa yang mereka sebenarnya inginkan di dalam hidup. Kegagalan sebelum ini, mengapa, dan bagaimana untuk menjadi lebih baik dari sebelum itu.

                   Berapa lama tempohnya adalah bergantung ini kerana seseorang itu perlu belajar dari semua kesilapannya, memaafkan diri sendiri dan orang lain, belajar self love, belajar untuk mencintai dan dicintai dan bersedia untuk membuka hati kembali kepada cinta. Ianya mungkin mengambil masa setahun sekurang-kurangnya.


3.                Menjalani hidup seperti yang di inginkan inilah panggilan sebenar anda atau your true calling. Ramai yang sangka panggilan mereka apabila mereka melalui spiritual awakening ini adalah untuk membangkitkan orang lain juga dan mula membuat seminar, program, kerohanian bagi menggalakkan orang lain menjalani perjalan rohani juga. Panggilan rohani bukanlah tugasan kita, walau kita cuba membangkitkan mereka, jika belum tiba masanya bagi seseorang itu meniti perjalanan ini, mereka tidak akan dapat memahaminya. Ini adalah kerja Dia yang Maha Kuasa.

                        Tugasan kita adalah untuk memberikan kebahagian kepada diri kita, menjadi diri kita yang sebenar, menjalani kehidupan yang baik, menjaga tubuh kita yang dipinjamkan kepada roh kudus kita supaya dapat berjalan di atas muka bumi ini. Hidup kita sebelum ini ibarat robot yang mengikut masa seperti yang ditetapkan, melakukan perkara seperti yang disuruh, mengejar wang dan kemewahan dunia yang membelenggu jiwa kita dari rasa gembira, menjadi hamba cinta sehingga mengabaikan diri sendiri, jiwa kita telah terkunci dalam kelekaan kita terhadap kesibukan dunia.

               Jadi, apabila anda menerima panggilan rohani, ini adalah penggilan supaya anda membebaskan diri anda dari semua itu. Menjadi diri anda, lakukan perkara yang anda berbakat dan ingin lakukan sekian lama. 


3.                Jika sebelum ini anda mula menjauhkan diri dengan dunia, anda takut dengan nikmat dan keseronokan dunia, pada peringkat ini anda akan kembali kepada dunia semula. Kalau dulu anda takut akan wang kerana wang telah menjadikan anda hanyut, anda takut akan pangkat dan kuasa kerana pangkat dan kuasa menjadikan anda sombong, anda takut akan kekayaan kerana harta menjadikan anda tamak. Namun di peringkat ini, anda mula mendapatnya semula, namun pandangan anda terhadap wang, kekayaan, pangkat dan kuasa adalah berbeza. Anda lebih matang dan jiwa anda lebih tenang dalam menghadapi godaan dunia.

                    Anda mula melakukan sesuatu yang anda sukai dalam hidup anda dan mencapai tahap yang mungkin di luar jangkaan anda, memiliki kembali segalanya namun, anda akan manfaatkannya untuk kebaikan anda dan manusia sejagat. Anda bukan lagi orang yang tamak, bongkak sebaliknya anda sentiasa memikirkan bagaimana untuk menjadikan dunia ini lebih baik kepada semua.

                   Inilah yang diharapkan terhadap semua manusia sejagat. Namun manusia semuanya hatinya berbolak balik. Pada era ini lebih ramai yang telah dipanggil malah di usia muda telah mendapat panggilan, alangkah beruntungnya.

                Generasi muda yang telah menerima panggilan, menolah ketidaksama rataan, menyokong keadilan tanpa mengirana warna kulit, bangsa dan agama. Jadi, peperangan yang bakal kita hadapi pertama sekali adalah peperangan terhadap diri kita sendiri, diri kita yang lamaa. Kemudian kita perlu berjuang membantu mereka yang belum lagi bangkit tetapi perlu melawan mereka yang yang menentang kebangkitan ini.

                  Jadi, mulalah menjawab panggilan yang anda terima dan mencintai diri anda lebih daripada yang lain terlebih dahulu. Jika anda tidak mampu mencintai diri anda sendiri, tidak mampu menjaga diri anda sendiri, bagaimana anda mahu mencintai orang lain, bagaimana anda mampu untuk menjaga orang lain? Jika anda tidak boleh menguruskan diri anda, kesihatan anda, tubuh badan anda, bagaimana anda mahu menjaga sebuah keluarga?


    Self-love is not selfish; you cannot truly love another until you know how to love yourself.

    Wednesday, May 10, 2017

    Inner child. Rata-rata hampir semua di antara kita mengalaminya di dunia ini. Cuma mungkin tidak sedarinya atau tidak tahu menahu akannya.

     



    Banyak perkara berlaku dalam hidup kita yang sebenarnya kita telah pelajari sebelum kita boleh bercakap dan berjalan. Proses pembelajaran dari kita bayi sehingga berumur 7 tahun itulah yang akan menjadi penanda aras kepada perlakuan kita di masa hadapan. Kita memang tidak tahu dan tidak sedar kerana apa yang berlaku pada umur tersebut memang amat sukar untuk diingati. Namun, walaupun kita tidak mampu mengingatnya sebenarnya ia ada tersimpan jauh di dalam minda separa sedar kita atau subconcious mind.


    Ketika umur tersebut kita belajar secara teladan di mana kita melihat dan mendengar apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita. Jadi, ketika umur kita belum mengenal apa-apa erti hidup, kasih sayang, kebencian, ketakutan, marah, dendam, duka dan gembira kita sudah mulakan pembelajaran hidup. Kita mula memahami dan memprosesnya berdasarkan rutin harian dan menilainya berdasarkan reaksi, ekspresi dan tanggapan yang diberikan oleh sekeliling kita. Benarlah kata pepatah, bayi ibarat kain putih, kita yang mencorakkannya. 


    Ketika inilah kita tidak sedar, semua perkara tidak kira positif atau negatif yang kita tunjukkan kepada mereka dan yang mereka telah lihat walaupun tanpa memahami ini sebenarnya disimpan di dalam fikiran mereka ketika itu. Kita sangkakan mereka tidak faham dan tidak mungkin akan ingat apa yang berlaku. Ya, mereka, bayi-bayi dan kanak-kanak polos ini memang tidak akan ingat tetapi mereka akan simpan memori ini di dadalam minda separa sedar mereka apabila mereke dewasa kelak.. 

    Dari memori inilah sifat dan perlakuan sama ada trauma dari ketakutan atau fobia, juga  kegembiraan, kebahagiaan akan terbentuk menjadi asas perlakuan mereka di dalam kehidupan yang mendatang.

    Jika mereka membesar dengan keluarga yang bahagia, kita boleh lihat amat jarang penceraian berlaku di dalam keluarga yang ibu bapanya tidak bercerai dan bahagia. Manakala mereka yang dilahirkan di dalam keluarga yang bercerai-berai selalunya akan mengikut nasib yang sama. Bukan kerana taboo atau sumpahan atau nasib malang seperti kebanyakan orang Melayu katakan, tetapi trauma zaman kanak-kanak yang tidak diubati menyebabkan mereka akan melakukan perkara yang sama seperti apa yang telah ibu bapa mereka lakukan.


    Sebagai contoh, jika sewaktu kecil itu ketika dalam tempoh umur di bawah tujuh tahun, anda sering ditakutkan dengan hantu apabila dewasa anda akan takut dengan hantu dan akan percaya apa sahaja perkara berkaitan hantu yang diperkatakan orang atau yang ditonton di Televisyen. Contoh lain mengenai perkara-perkara harian yang selalunya kita tidak sedar seperti, mungkin ibu anda memberitahu anda dengan tegas jangan bermain api dan gas didapur boleh menyebabkan anda mati misalannya dan ia diperkatakan  berulang-ulang kali. Kesannya, apabila anda sudah dewasa, anda akan takut dan risau jika anda menggunakan dapur gas atau tidak munutup dapur gas anda. Ketakutan itu telah ditanam dari kecil yang anda tidak sedar ianya sebenarnya adalah trauma masa kecil juga menyebabkan anda fobia. 


    Bayangkan jika perkara mudah seperti ini boleh menjadi trauma, apatah lagi mereka yang menjadi mangsa dera secara fizikal, penderaan seksual atau dibesarkan dalam persekitaran yang ganas, apakah yang mungkin tertanam dalam fikiran mereka, kanak-kanak ketika itu?





    Kita boleh lihat dengan jelas sekali dalam keluarga yang berpecah belah. Jika seorang gadis yang mempunyai latar belakang keluarga yang bercerai berai,  ibu bapa pula sudah berkahwin baharu, gadis tersebut sewaktu kecil sering melihat pergaduhan, dibesarkan di pelbagai rumah misalannya, dibesarkan oleh atuk dan nenek, walaupun kemudiannya kembali tinggal bersama ibu ataupun ayahnya kembali, dan melihat sebuah keluarga baharu yang bahagia dan harmoni tetapi gadis tersebut telah melalui beberapa pengalaman sendiri sebelum sampai kesitu. 


    Membesar tanpa melihat dan merasai kegembiraan dan kebahagiaan sebuah insitusi kekeluargaan yang sebenar mungkin akan mengelirukan si gadis itu apabila menjalinkan hubungan kelak. Ini kerana si gadis tersebut akan keliru dengan maksud kasih sayang, maksud cinta. Oleh kerana dia tidak pernah melihatnya dalam bentuk sebuah keluarga atau dari contoh yang sepatutnya diberikan oleh ibu dan bapa, dia mungkin tidak tahu apa itu cinta dan kasih sayang dan suka memendam rasa, sentiasa prejudis dalam perhubungan, sentiasa rasa akan ditinggalakn, wujud rasa tidak percaya pada cinta dan akhirnya sering gagal dalam setiap perhubungan yang dijalinkan.


    Bagaimana kita mahu menyayangi orang lain jika kita sering rasa kita tidak disayangi? Jika kita sering adaperasaan seperti itu, kita akan susah untuk menyayangi orang lain. Bagaimana kita hendak membentuk sebuah keluarga bahagia kalau kita sendiri tidak dapat rasakan kebahagiaan dalam diri kita. Kerana kita sering menyimpan segala trauma silam dan takut padanya. Oleh kerana kita tidak mahu menghadapi trauma silam, takut untuk memperkatakannya, takut akan persepsi orang atau mungkin juga kita tidak tahu yang perkara tersebut adalah punca kepada masalah kita hari ini, maka kita terus menerus menghadapi situasi ini. Sebenarnya, masalah inner child ini sangatlah berat dan harus dipulihkan kerana jika tidak kita akan mewarisinkannya kepada anak cucu kita pula.




     

    Sunday, April 9, 2017

    Kenapa sama agama tapi asyik berperang? Kerana banyak cabang Mazhab dan Aliran

     




    Mazhab (مذهب) ditakrifkan sebagai aliran, fahaman, atau ajaran dalam bidang-bidang tertentu. Dalam konteks agama Islam, mazhab digunakan bagi membawa maksud "cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam iaitu mazhab Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki. Ia turut digunakan bagi maksud "ajaran Kristian yang telah menyimpang daripada yang asli".(Sumber dari Wikipedia)


    Dalam satu agama sahaja sudah ada 4 pecahan Mazhab. Selain daripada 4 pecahan mazhab ini terdapat pula aliran-aliran lain di bawah Mazhab ini antaranya Syiah dan Wahabi atau Salafi. Ini hanya di antaranya yang popular yang biasa kita dengar. Teapi yang sebenarnya ada terlalu banyak mungkin beratus fahaman dan aliran. Jadi boleh faham mengapa Umat Islam berpecah belah. Setiap fahaman dan aliran pula merasakan dia lebih baik dari yang lain. Mereka la yang benar sebenar-benarnya dan merkalah yang akan menghuni Syurga kelak. Selain daripada apa yang fahaman mereka lakukan adalah bid'aah. 





    Dahulu ketika kecil semasa menonton televisen melihat perang di Bosnia, Iraq, Palestin, Syrua, bukan aku sahaja tetapi pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa umat Islam ini sering berperang. Dan mengapa ada sesetengah negara Islam lain tidak mahu membantu? Walaupun dibantu mereka akan terus berperang kerana memang itulah sifat manusia. Tamak dan angkuh. rela berperang dan berbunuhan mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa, hanya konon-kononya demi agama. Padahal demi kepentingan individu tertentu, demi kuasa. Kasihan..... tak tahu di mana simpati lagi hendak aku letakkan kepada wanita dan kanak-kanak yang teraniaya. Kadang-kadang bila fikir tentangnya pun boleh menitiskan airmata. Kejamnya dunia lelaki dan sangat mementingkan diri sendiri!!



    Apa hendak dikata, kerana ini bukan perkara baharu. Ianya telah berlarutan sejak beratus tahun malah beribu tahun lamanya. Menghunakan alasan agama sedangkan peperangan yang mereka cetuskan hanya untuk kepentingan invidu, kumpulan atau organisasi tertentu. Aku tidak tahu jika orang lain tidak muak dengan peperangan atas nama agama dan Allah, kerana aku sudah muak dengan pembohongan ini.

     


    Thursday, February 9, 2017

    Lebih baik tidak berkawin. Mengapa? - Perkahwinan sepatutnya mudah.

     


    Perkahwinan sepatutnya dipermudahkan dan bukan dibebankan.

    Trend masa kini dan juga tanggapan masyarakat dan keluarga tentang sesebuah majlis perkahwinan telah menjadikan satu ikatan suci kepada beban. Mengapa boleh jadi begini?






    Perkahwinan wujud dalam setiap agama dan kepercayaan walau berbeza konsep tetapi perkahwinan sememangnya satu hubungan yang baik dalam pembentukan institusi kekeluargaan. Tanpa perkahwinan, akan berlaku hubungan seks rambang, kelahiran banyak bayi luar nikah tanpa ibu dan bapa, penyebaran penyakit kelamin dan banyak lagi. Oleh kerana itu, perkahwinan perlua ada untuk mewujudkan institusi kekeluargaan yang harmoni dan bersih untuk sejagat.


    Jadi kenapa masih juga ramai yang tidak berkahwin? Dan jika berkahwin, ramai pula yang bercerai-berai? 


    Banyak persoalan mula timbul tapi kita akan bincangkan tentang masalah sosial masa kini yang menyebabkan ramai yang memilih bersekedudukan daripada berkahwin? Apakah puncanya? Agama? Keluarga? Atau diri sendiri memilih hidup sebegitu? Walau apapun, ia pasti ada sebab jika sesuatu tindakan dibuat. Jadi apakah sebabnya?


    Di barat, kita dapat lihat perkahwinan bukan kagi kemestian. Mereka memilih hidup bersama-sama untuk bertahun-tahun dan hanya memilih untuk berkahwin secara sah jika bersedia. Malah ada yang tidak berkahwin sehingga ke hari tua mereka dan tetap bersama. Ianya juga bertentangan dengan ajaran Kristian namun ianya sudah menjadi kebiasaan dan diterima pakai oleh semua orang berdasarkan situasi semasa. Perkahwinan dianggap satu tanggungjawab yang berat dan komitmen yang sangat tinggi dan mahal dalam sesuatu perhubungan oleh kerana pemahaman dan perspektif masyarakat terhadap  institusi ini terutamanya untuk membuat hanya majlis perkahwinan.


    Bayangkan perbelanjaan yang diperlukan untuk sesebuah majlis perkahwinan dari pakaian, door gifts, jamuan makan, temoat, kad jemputan dan macam-macam lagi. Beruntunglah jika anda anak orang kaya yang mampu ditanggung oleh keluarga bagi perbelanjaan majlis perkahwinan. Bagaimana pula mereka yang kurang berkemampuan? Bertahun-tahun bekerja, dan perlu berhutang untuk sebuah majlis perkahwinan, akhirnya yang dibina berakhir dengan penceraian. Ada juga sesetengah bangsa yang mana adat dan budaya mereka meletakkan bebanan dowry atau wang hantaran pada wanita. Maka, wanita menjadi beban kepada ibu bapa jika tidak mampu menyediakan dowry. Jadi apa terjadi kepada mereka yang tidak mampu untuk berkahwin, bercinta tetapi majlis perkahwinan yang  membebankan, sedikit sebanyak, perkahwinan semakin hilang ditelan zaman. Jadi maksiat berleluasa, seks bebas, institusi kekeluargaan semakin rapuh. 


    Kenapa semuanya menjadi mahal? Kenapa semuanya dari agama, adat, budaya, pelajaran dipolitikkan dengan wang. Memang ia menguntungkan sesetengah pihak namun lebih banyak membebankan dan akhirnya ianya pudar di telan zaman dan manusia mula hilang kepercayaan dan memilih kebebasan. Siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Apabila wang menjadi keperluan utama, maka diri kita telah diperhambakan tanpa kita sedari.





    Sunday, January 8, 2017

    Apakah tujuan agama? - Kisah tentang agama dan tanggapan manusia.

     Bila mencari makna dan mendalami agama yang kita warisi, adakah kita akan lebih memahaminya atau menjauhinya? Kita dilahirkan di dalam agama yang telah ditentukan sejak kita lahir. Kita tidak diberi pilihan untuk memilih. Namun, setiap agama di dunia ini mengajar tentang kebaikan. Walaupun dibesarkan dalam agama masing-masing dan di ajar tentang kebaikan mengapa kita masih melakukan kejahatan? Adakah agama yang patut dipersalahkan? Agama itu sepatutnya membawa kepada kebaikan, membentuk keperibadian dan mewujudkan kelompok manusia yang baik, jadi mengapa agama dilihat membawa kepada perpecahan, pergaduhan dan peperangan? Apakah sebenarnya agama? Apakah tujuan agama?





    Kebanyakan dari kita membesar dengan agama yang kita telah anuti sejak kita dilahirkan. Kita diajar solat, membaca kitab agama, sejarah-sejarah agama kita, tokoh-tokoh agama kita. Selain kita diajar tentang kebaikan dan keburukan juga syurga dan neraka. Perkara paling menakutkan dalam hidup kita yang sering digembar-gemburkan ialah apabila kita melakukan sesuatu kesalahan kita akan di masukkan kedalam api neraka. Api neraka pula ada 7 jenis untuk kesalahan yang berbeza. Secara umumnya api neraka dikatakan 70 kali ganda lebih panas dari api biasa di dunia. Walaupun tidak pernah melihatnya apatah lagi menyentuhnya, namun kita semua takut akannya namun masih berani meingkari dan melakukan kesalahan-kesalahan yang akan membuat kita dicampakkan ke dalam neraka. 


    Jadi persoalan di sini...jika kenapa manusia masih lagi melakukan perkara yang bertentangan dengan agama walaupun diketahui akan masuk ke neraka jika melakukannya? Adakah kerana manusia sebearnya tidak takut dengan api neraka? Atau sebenarnya jauh disudut hati tidak percaya akan kewujudan api neraka? Atau mungkin percaya dan mungkin tidak? Tidak ambil peduli mungkin? Atau kerana agama itu sendiri menjanjikan syurga walau apapun perbuatan jahat yang kita lakukan? Maka berebut-rebutlah orang hendak menjadi pengikut agama tersebut..


    Agama menjadi rebutan kepada mereka yang mengejar syurga. Apakah itu syurga. Syurga yang diandaikan setiap manusia di mana imaginasi indah yang telah diwujudkan dan ditanamkan dalam fikiran kita sejak kecil walaupun sebelum kita belajar mengeja dan membaca lagi. 

    Tetapi, setiap agama menjanjikan syurga atau pengakhiran yang baik kepada pengikut yang taat dan patuh pada ajaran manakala yang ingkar pula akan mendapat balasan neraka. Maka, lahirlah pendokong-pendokong agama ynag memperjuangkan syurga. Tokoh-tokoh agama pula dipandang tinggi dan mulia dan Raja pula pendokong sistem beragama kerana pada zaman dahulu, Raja yang membawa Agama, dan sesiapa yang memiliki agama dia memiliki kuasa, empayar dan kekayaan. Namun, pada masa kini, agama dilepaskan kepada Tokoh Agama dan Raja lebih kepada Penasihat yang membeaskan Raja dari beban dan tanggungjawab agama. Walaupun ramai yang mungkin tidak bersetuju, namun ini adalah hakikat.

    Dan bila agama menjadi satu sumber pendapatan, kekuasaan, pangkat dan penghormatan, ketamakan mula timbul. Manusia memang dilahirkan dengan naluri dan nafsu tamak, namun itu bukan bermakna manusia itu jahat. Mereka hanya menjadi jahat bila mereka memutuskan mereka hendak menjadi jahat dan mereka boleh menjadi baik jika mereka memilih untuk menjadi baik.

    Tapi tidak mudah menolak godaan wang, pangkat, kuasa dan kemahsyuran. Perjuangan yang dahulu untuk kebaikan sejagat mula di kawal berdasarkan kepentingan individu, organisasi atau kumpulan-kumpulan yang inginkan 4 perkara di atas. Prinsip dan mata telah digelapi oleh nikmat dunia.

    Tidak salah untuk mendapatkan wang, pangkat, kuasa dan kemahsyuran. Tetapi masalahnya, kebanyakannya yang telah diberi peluang telah menjadi tamak. Mula melebihkan kepentingan diri sendiri, kaum kerabat sedangkan pengikut yang bermatian-matian memperjuangkan agama ditindas dan dipijak-pijak, hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Di manakah keadilan yang diperjuangkan, di manakah kebaikan yang diajarkan. 

    Jika betul agama itu mendatangkan kebaikan, kenapa manusia sering berperang malah masih berperang sehingga ke hari ini. Jika agama mendidik manusia menjadi orang yang baik, kenapa masih ramai orang jahat di luar sana? Agamakah yang bersalah? Pentingkah berperang kerana agama walau membunuh mereka yang tidak bersalah? Di manakah agama jika hati masih penuh kejahatan, dendam dan ketamakan?

    Sunday, December 4, 2016

    12 Undang-undang Sejagat (The 12 Universal Laws) & Cara Mempraktikkannya dalam Kehidupan Kita



     

    Kita semua selalu mendengar tentang Hukum Tarikan atau Law of Atraction — tetapi bagaimana dengan hukum polaritas, hukum kesatuan ilahi, atau hukum persuratan? Betul — undang-undang tarikan hanyalah salah satu daripada 12 Undang-undang Sejagat ataupun Law of the Universe, dan membiasakan diri dengan undang-undang 11 yang lain dapat membantu kita membuka kehidupan yang lebih sejajar dengan rohani. Di sini, saya akan berkongsi perspektif  saya  mengenai mengapa undang-undang ini penting dan bagaimana kita semua dapat menerapkannya dalam kehidupan kita.



    Apakah 12 undang-undang sejagat, dan dari mana asalnya?



    12 Undang-undang sejagat dianggap sebagai Undang-undang semesta kita yang intrinsik dan tidak berubah yang selalu diketahui oleh budaya kuno secara intuitif. Undang-undang ini juga sering dikaitkan dengan amalan Ho'oponopono, iaitu meditasi kebebasan yang berasal dari budaya Hawaii kuno. Sebilangan undang-undang, bagaimanapun, juga dikaitkan dengan falsafah hermetik yang berasal dari Mesir kuno.


    Senarai undang-undang kuno telah bertahan dalam ujian waktu kerana masih ada dan banyak orang lain di seluruh dunia masih menggunakannya serta mengamalkannya, seperti saya sendiri sehingga ke hari ini. "Semua undang-undang adalah tentang menguasai hidup anda dengan cinta dan kegembiraan," mengikut pandangan saya. Berikut adalah pengenalan mengenai tema dan asas masing-masing:



    12 Undang-undang Sejagat dan Cara Menggunakannya.


    1. Hukum Keesaan Ilahi (Law of Divine Oneness:):


    Hukum alam semesta yang pertama dan paling dasar adalah Hukum Keesaan Ilahi, yang menonjolkan saling berkaitan antara semua perkara. Ia mengatakan bahawa di luar deria kita, setiap pemikiran, tindakan, dan peristiwa ada kaitannya dengan apa sahaja dan segala yang lain yang tidak kita ketahui dengan akal fikiran semata.

    Berdasarkan pemahaman dan pengalaman saya, hukum ini menyatakan bahawa yang satu ini mungkin sedikit mengelirukan, tetapi menerapkannya dalam kehidupan nyata memerlukan "bersikap belas kasihan dengan orang lain. Kita semua diciptakan dari sumber ilahi, dengan pemikiran ini, kita semua adalah bagian yang sama." Dia mengesyorkan menerapkan undang-undang ini dengan mengajukan pertanyaan seperti, "Bagaimana saya dapat menunjukkan lebih banyak belas kasihan dan penerimaan terhadap mereka yang saya tidak mengerti?" atau "Apa yang akan dilakukan oleh cinta?"



    2. Hukum Getaran (Law of Vibration):


    Pada tahap mikroskopik, kesemua disekeliling kita sebeanarnya bergerak secara berterusan dan bergetar pada frekuensi tertentu. Ini berlaku bukan sahaja kepada objek yang bergerak tetapi juga frekuensi peribadi seseorang. Undang-undang ini mengatakan bahawa frekuensi getaran kita dapat memberitahu pengalaman hidup kita.

    Sebagai contoh, 
    "Anda mungkin dapat menerima wang tetapi mungkin anda tidak dapat menahannya,"  
    "kerana secara frekuensi, anda mungkin mempunyai getaran yang beroperasi pada tahap yang lebih rendah." 

    Sekiranya anda merasa perlu untuk meningkatkan frekuensi getaran anda, terdapat banyak amalan hebat untuk melakukannya, termasuk yoga, afirmasi, dan menyeimbangkan chakra.



    3. Undang-undang Korelasi (Law of Correspondence):


    Undang-undang ini menyatakan bahawa berlakunya corak berulang di seluruh alam semesta, dan pada tahap peribadi, realiti, "kita adalah cermin dari apa yang berlaku di dalam diri kita pada masa tersebut". Fikirkan "Seperti di atas, begitu juga di bawah. Seperti di dalam, begitu juga di luar."

    Mantera saya untuk undang-undang ini? Ia berlaku untuk anda, bukan kepada anda

    "Jika hidup kita huru-hara dan takut," ini adalah kerana adanya kekacauan dan ketakutan di dalam fikiran kita Sekiranya hidup kita kelihatan tenang dan berasas, itu kerana kita merasa kedamaian di dalamnya fikiran kita. Dalam situasi yang merisaukan, adalah disarankan untuk bertanya bagaimana keadaan yang dapat menunjukkan kepada anda tentang diri anda, dan apa yang perlukan untuk menyembukan rohani di dalam diri anda.



    4. Undang-undang Tarikan (Law of Attraction):


    Tidak diragukan lagi undang-undang universal yang paling banyak dibincangkan ialah Undang-undang Tarikan atau Hukum Tarikan yang sering digunakan untuk manifestasi. Ia mengatakan bahawa suka menarik suka begitu juga sebaliknya. Sepertinya anda akan mendapat apa yang anda fokuskan. Bukan hanya itu, tetapi anda harus percaya apa yang anda inginkan itu anda dapat memperolehinya walaupun anda tidak tahu bagaimana. Ini serupa dengan hukum getaran dengan cara ini; penting untuk belajar bagaimana bergetar pada tahap yang sejajar dengan apa yang anda cari.

    Sekiranya anda menginginkan cinta tetapi tidak mahu memberi cinta, misalnya, anda menghantar mesej kepada alam semesta mengenai keutamaan anda. Sekiranya anda mengulangi penegasan tetapi tidak mempercayai apa yang anda katakan, tidak ada gunanya. "Apabila kita fokus pada apa yang kita inginkan berbanding yang tidak kita inginkan, itu akan muncul dalam hidup kita".



    5. Undang-undang Tindakan Terinspirasi (Law of Inspired Action):


    Terkait erat dengan Hukum Tarikan iaitu tindakan tarik-menarik, hukum tindakan yang diilhamkan adalah mengenai mengambil langkah-langkah yang nyata dan dapat dilaksanakan untuk mengundang apa yang kita inginkan ke dalam hidup kita. Selalunya ilham datang dari dalam diri kita. "Tindakan terinspirasi adalah dorongan dalaman yang lembut terhadap keingin," dan "Ianya tidak selalu merupakan rancangan awal atau mengambil tindakan."

    Mengamalkan undang-undang ini adalah mengenai memperlahankan, mendiamkan diri, dan mewujudkan ruang untuk panduan dari dalaman kita iaitu panduan hati. Apabila kita melepaskan keperluan kita untuk mengatur dan mengawal, kita akan dapat lihat bagaimana keadaan akan berjalan di luar jangkaan kita dan sebaliknya terbuka untuk semua kemungkinan, itu memberi ruang kepada cara baru untuk mencapai tujuan kita yang mungkin tidak kita pernah kita fikirkan sebaliknya.




    6. Undang-undang Transmutasi Tenaga Kekal (Law of Perpetual Transmutation of Energy):


    Undang-undang ini menyatakan bahawa pada tahap tenaga, segala sesuatu di alam semesta sentiasa berubah. Setiap tindakan didahului oleh pemikiran, di mana pemikiran kita sendiri memiliki kekuatan yang akhirnya boleh terwujud dalam realiti fizikal kita.

    Pernah berada di sekitar orang yang sentiasa negatif dan merasa nilai positif anda merosot? Itulah salah satu contohnya - tetapi ia juga boleh berlaku dengan getaran yang kita hasilkan sendiri melalui pemikiran kita: Frekuensi yang lebih tinggi dipancarkan akan menewaskan frekuensi yang lebih rendah apabila kita menerapkan dengan niat yang positif. Mengetahui hal ini, kita sebenarnya dapat meningkatkan tenaga positif kita secara aktif dengan berusaha untuk mengurangkan tenaga negatif di sekitar kita dengan pemikiran dan tindakan kita.



    7. Hukum Punca dan Akibat (Law of Cause and Effect):


    Secara relatif, undang-undang ini menyoroti hubungan langsung antara tindakan dan peristiwa. Apa yang penting untuk diperhatikan di sini, adalah kita sering tidak dapat melihat akibatnya pada mulanya, tetapi akibat itu akan kembali selagi kita tidak mengubah atau memperbetulkan keadaannya.

    "Apa yang anda telah lakukan di tempat lain mungkin tidak akan kembali kepada anda pada saat itu, tetapi getaran itu, tenaga yang anda keluarkan di luar sana, mempunyai akibat nyata daripada perbuatan anda itu. Jika ianya datang dari keadaan dan tempat yang penuh  kemarahan atau kebencian, jika anda meletakkan tenaga itu di luar sana, akhirnya anda akan terpengaruh dan penuh dengan sifat kebencia dan amarah sentiasa. "



    8. Undang-Undang Pampasan (Law of Compensation):


    Undang-undang Pampasan berkait rapat dengan Hukum Tarikan dan Undang-undang Korelasi. "Anda menuai apa yang anda semai " adalah kunci utama, dengan undang-undang yang menyatakan bahawa usaha anda akan selalu kembali kepada anda secara positif. Sekiranya anda inginkan sesuatu, anda perlu menyumbang ke arah tujuan untuk mencapai matlamat  anda.

    Untuk memastikan keberhasilan undang-undang ini adalah dengan cara menarik (atau mengimbangi) cinta dan sokongan, misalnya, di sini saya sarankan untuk bertanya kepada diri sendiri, "Di mana saya diperlukan untuk membantu dan menyokong orang lain pada hari ini?"



    9. Hukum Relativiti (Law of Relativity):


    Undang-undang ini menunjukkan bahawa kita cenderung untuk membandingkan perkara-perkara di dunia kita, tetapi pada hakikatnya, semuanya adalah neutral. Relativisme wujud dalam semua perkara, dan pada akhirnya, makna sesuatu kejadian yang berlaku dalam kehidupan kita akan datang kepada kita dari kaca mata bergantung kepada perspektif dan persepsi kita.

    Mengamalkan undang-undang ini dapat membantu kita memahami bahagian-bahagian yang lebih sukar dalam hidup kita dengan memupuk sifat belas kasihan yang lebih besar. Sebagai contoh, jika kita merasa tidak bersyukur dengan keadaan hidup kita, itu mungkin kerana kita membandingkan pengaturan hidup  kita dengan keadaan orang lain yang lebih kaya. Sebaliknya, kita lebih baik menghargai apa yang kita ada tanpa perlu membandingkannya dengan yang lain atau melihat kepada orang lain yang lebih susah daripada kita. Sebenarnya kita tidak perlu membandingkan diri kita dengan sesiapapun dan seharusnya kita gembira dengan diri kita dan apa yang kita ada. Belajarlah untuk sentiasa bersyukur!



    10. Undang-undang Polaritas (Law of Polarity):


    Undang-undang ini mengatakan bahawa segala sesuatu dalam kehidupan mempunyai kebalikan iaitu akan berbolak-balik; baik dan jahat, cinta dan ketakutan, kehangatan dan kedinginan. Kuncinya ialah memahami seperti syiling yang mempunya dua sisi dan bagaimana memahami kedua-dua sisi duit pada syiling yang sama.

    Cara saya mengamalkan undang-undang ini adalah dengan menggunakan beberapa mantra atau afirmasi yang semuanya kontras kepada sesuatu keadaan negatif dengan membawa diri saya kepada positif yang lebih jelas. Sekiranya anda menghadapi situasi yang sukar seperti putus cinta atau cabaran kesihatan, misalnya, tentukan bagaimana keadaan sebaliknya, yang dapat menunjukkan perspektif atau pelajaran baru. Yakinkan diri anda semuanya akan baik-baik sahaja, kegagalan itu bukan selamanya, anda layak dicintai dan anda akan emnemui cinta baru yang lebih baik dari sebelum ini.



    11. Undang-undang Irama (Law of Rhythm):


    Kitaran adalah bahagian semula jadi alam semesta. Secara fizikal, anda boleh memikirkannya seperti  musim yang ada di Bumi. Ianya sentiasa berputar dan berulang. Dalam kehidupan kita sendiri, kita dapat mengingat bahawa integrasi sama pentingnya dengan pertumbuhan. Di sini ingin saya beritahu, "Kita selalu mengharapkan diri kita menjadi satu arah sepanjang masa, sama ada kita memikirkan kesihatan kita atau bahkan produktiviti," tetapi ini selalunya tidak akan dapat berterusan.

    Perhatikan irama dalaman diri anda dan cuba bekerjasama dengan diri anda dan bukannya melawannya. Rasa penat dengan kehidupan anda? Mungkin lebih baik anda berehat seketika daripada terus berusaha. Bukan untuk berhenti tetapi berehat untuk mencari ketenangan, siapa tahu anda akan dapat lebih banyak idea selepas itu.



    12. Undang-undang Jantina (Law of Gender):


    Dan yang terakhir sekali adalah, undang-undang jantina. Ini ada kaitannya dengan tenaga dalaman kita di mana di dalam setiap manusia kita ada dua tenaga energi yang utama yang berkait rapat dengan semua energi lain iaitu tenaga maskulin dan tenaga feminin. Jelas mengikut apa yang saya lihat bahawa sebahagian besar masyarakat kita mengikut rentetan sejarah beroperasi dari mentaliti "hustle and do" yang lebih maskulin, yang tidak memungkinkan banyak ruang untuk tenaga lain. Mencapai keseimbangan antara tenaga maskulin dan feminin akan dapat membantu anda hidup dengan lebih bermakna dan hidup seperti yang anda mahukan dengan menjadi siapa anda yang sebenarnya.




    Nampaknya anda semua sudah tahu semua tentang Hukum Alam: 12 Undang-undang Sejagat. Namun, ingin saya tekankan di sini, sebelum anda terlalu terbeban, cuba untuk mengintegrasikannya ke dalam hidup anda, anda boleh cuba untuk lebih kepada memahami dan mengkonseptualisasikannya dengan cara yang masuk akal bagi anda. Sebagai latihan, Cuba melihat kepada hidup anda yang sebelum ini dan mengaitkannya dan lihat apa yang anda faham daripada kehidupan anda sebelum ini dengan 12 Undang-undang Sejagat ini.

    Anda tidak semestinya begitu analitis; "Cuba fahami konsepnya dan simpan di dalam memori atau minda belakang fikiran anda," untuk belajar bagaimana bekerjasama dengan hukum alam ini dalam senario sehari-hari. Sekarang setelah anda diperkenalkan dengan undang-undang ini, sebelum ini anda mungkin tidak menyedarinya dalam kehidupan harian anda, namun jangan terkejut kerana setelah mengetahuinya, kemungkinan ianya akan mula muncul dalam hidup anda setiap hari dan berulang kali. 



    7 chakra utama mempengaruhi emosi, kesejahteraan diri dan penurunan berat badan kita

       Walaupun anda sudah berusaha keras untuk makan makanan yang sihat dan bersenam tapi masih tidak dapat menurunkan berat badan? Anda telah ...