Kisah Dajjal ini ada terlalu banyak versi dan andaian manusia tentang siapa atau apakah itu Dajjal. Bukan itu sahaja, malahan, hampir kesemua agama percaya akan tiba satu masa nanti ada satu makluk yang akan keluar diakhir zaman yang akan membawa keburukan dan bencana kepada semua umat manusia.
Mungkin bagi penganut agama Islam, mereka menyangka hanya mereka sahaja yang percaya akan kewujudan Dajjal atau makhluk akhir zaman ini. Hakikatnya, semua agama dan kepercayaan mempercayainya. Cuma, mungkin berbeza nama atau gambaran. Namun, tujuannya dan akibatnya adalah hampir sama.