Wednesday, May 10, 2017

Inner child. Rata-rata hampir semua di antara kita mengalaminya di dunia ini. Cuma mungkin tidak sedarinya atau tidak tahu menahu akannya.

 



Banyak perkara berlaku dalam hidup kita yang sebenarnya kita telah pelajari sebelum kita boleh bercakap dan berjalan. Proses pembelajaran dari kita bayi sehingga berumur 7 tahun itulah yang akan menjadi penanda aras kepada perlakuan kita di masa hadapan. Kita memang tidak tahu dan tidak sedar kerana apa yang berlaku pada umur tersebut memang amat sukar untuk diingati. Namun, walaupun kita tidak mampu mengingatnya sebenarnya ia ada tersimpan jauh di dalam minda separa sedar kita atau subconcious mind.


Ketika umur tersebut kita belajar secara teladan di mana kita melihat dan mendengar apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita. Jadi, ketika umur kita belum mengenal apa-apa erti hidup, kasih sayang, kebencian, ketakutan, marah, dendam, duka dan gembira kita sudah mulakan pembelajaran hidup. Kita mula memahami dan memprosesnya berdasarkan rutin harian dan menilainya berdasarkan reaksi, ekspresi dan tanggapan yang diberikan oleh sekeliling kita. Benarlah kata pepatah, bayi ibarat kain putih, kita yang mencorakkannya. 


Ketika inilah kita tidak sedar, semua perkara tidak kira positif atau negatif yang kita tunjukkan kepada mereka dan yang mereka telah lihat walaupun tanpa memahami ini sebenarnya disimpan di dalam fikiran mereka ketika itu. Kita sangkakan mereka tidak faham dan tidak mungkin akan ingat apa yang berlaku. Ya, mereka, bayi-bayi dan kanak-kanak polos ini memang tidak akan ingat tetapi mereka akan simpan memori ini di dadalam minda separa sedar mereka apabila mereke dewasa kelak.. 

Dari memori inilah sifat dan perlakuan sama ada trauma dari ketakutan atau fobia, juga  kegembiraan, kebahagiaan akan terbentuk menjadi asas perlakuan mereka di dalam kehidupan yang mendatang.

Jika mereka membesar dengan keluarga yang bahagia, kita boleh lihat amat jarang penceraian berlaku di dalam keluarga yang ibu bapanya tidak bercerai dan bahagia. Manakala mereka yang dilahirkan di dalam keluarga yang bercerai-berai selalunya akan mengikut nasib yang sama. Bukan kerana taboo atau sumpahan atau nasib malang seperti kebanyakan orang Melayu katakan, tetapi trauma zaman kanak-kanak yang tidak diubati menyebabkan mereka akan melakukan perkara yang sama seperti apa yang telah ibu bapa mereka lakukan.


Sebagai contoh, jika sewaktu kecil itu ketika dalam tempoh umur di bawah tujuh tahun, anda sering ditakutkan dengan hantu apabila dewasa anda akan takut dengan hantu dan akan percaya apa sahaja perkara berkaitan hantu yang diperkatakan orang atau yang ditonton di Televisyen. Contoh lain mengenai perkara-perkara harian yang selalunya kita tidak sedar seperti, mungkin ibu anda memberitahu anda dengan tegas jangan bermain api dan gas didapur boleh menyebabkan anda mati misalannya dan ia diperkatakan  berulang-ulang kali. Kesannya, apabila anda sudah dewasa, anda akan takut dan risau jika anda menggunakan dapur gas atau tidak munutup dapur gas anda. Ketakutan itu telah ditanam dari kecil yang anda tidak sedar ianya sebenarnya adalah trauma masa kecil juga menyebabkan anda fobia. 


Bayangkan jika perkara mudah seperti ini boleh menjadi trauma, apatah lagi mereka yang menjadi mangsa dera secara fizikal, penderaan seksual atau dibesarkan dalam persekitaran yang ganas, apakah yang mungkin tertanam dalam fikiran mereka, kanak-kanak ketika itu?





Kita boleh lihat dengan jelas sekali dalam keluarga yang berpecah belah. Jika seorang gadis yang mempunyai latar belakang keluarga yang bercerai berai,  ibu bapa pula sudah berkahwin baharu, gadis tersebut sewaktu kecil sering melihat pergaduhan, dibesarkan di pelbagai rumah misalannya, dibesarkan oleh atuk dan nenek, walaupun kemudiannya kembali tinggal bersama ibu ataupun ayahnya kembali, dan melihat sebuah keluarga baharu yang bahagia dan harmoni tetapi gadis tersebut telah melalui beberapa pengalaman sendiri sebelum sampai kesitu. 


Membesar tanpa melihat dan merasai kegembiraan dan kebahagiaan sebuah insitusi kekeluargaan yang sebenar mungkin akan mengelirukan si gadis itu apabila menjalinkan hubungan kelak. Ini kerana si gadis tersebut akan keliru dengan maksud kasih sayang, maksud cinta. Oleh kerana dia tidak pernah melihatnya dalam bentuk sebuah keluarga atau dari contoh yang sepatutnya diberikan oleh ibu dan bapa, dia mungkin tidak tahu apa itu cinta dan kasih sayang dan suka memendam rasa, sentiasa prejudis dalam perhubungan, sentiasa rasa akan ditinggalakn, wujud rasa tidak percaya pada cinta dan akhirnya sering gagal dalam setiap perhubungan yang dijalinkan.


Bagaimana kita mahu menyayangi orang lain jika kita sering rasa kita tidak disayangi? Jika kita sering adaperasaan seperti itu, kita akan susah untuk menyayangi orang lain. Bagaimana kita hendak membentuk sebuah keluarga bahagia kalau kita sendiri tidak dapat rasakan kebahagiaan dalam diri kita. Kerana kita sering menyimpan segala trauma silam dan takut padanya. Oleh kerana kita tidak mahu menghadapi trauma silam, takut untuk memperkatakannya, takut akan persepsi orang atau mungkin juga kita tidak tahu yang perkara tersebut adalah punca kepada masalah kita hari ini, maka kita terus menerus menghadapi situasi ini. Sebenarnya, masalah inner child ini sangatlah berat dan harus dipulihkan kerana jika tidak kita akan mewarisinkannya kepada anak cucu kita pula.




 

7 chakra utama mempengaruhi emosi, kesejahteraan diri dan penurunan berat badan kita

   Walaupun anda sudah berusaha keras untuk makan makanan yang sihat dan bersenam tapi masih tidak dapat menurunkan berat badan? Anda telah ...