Saturday, May 5, 2018

Peringkat Pemisahan Twin Flame. Apa yang membezakan di antara perpisahan biasa dengan perpisahan dengan Twin Flame anda?

 

Kandungan:

  1. Perbezaan antara Tahap Pemisahan Twin Flame dengan Pemisahan yang Biasa dialami dalam Hubungan
  2. Apa yang berlaku semasa Peringkat Pemisahan 
  3. Bolehkah anda mengahwini Twin Flame anda?
  4. Untuk bersatu semula dengan Twin Flame anda



Perbezaan antara Tahap Pemisahan Twin Flame dengan Perpisahan Biasa dialami dalam Hubungan Biasa






Dalam sesebuah perhubungan, tidak mungkin selalu menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang masa walaupun telah berkahwin. Namun, pertengkaran kadang kala tidak akam membawa sehingga ke tahap pemisahan. Terdapat juga kes yang mana walupun hubungan itu tidak sihat, namun tetap tiada perpisahan berlaku sehingga ke akhirnya. 


Oleh itu, agar tidak membingungkan anda semua tentang perpisahan yang berlaku dalam sesuatu perhubungan dengan perpisahan disebabkan kebangkitan oleh perhubungan Twin Flame ini, saya akan terangkan ciri-cirinya kepada anda seperti di bawah:


  • Pada peringkat akhir sebelum penyatuan semula dua jiwa ini untuk disatukan kembali, akan berlaku satu tahap pemisahan yang sangat menyakitkan kedua-dua jiwa akibat daripada keegoan dan kecelaruan yang dihadapi oleh kedua-dua jiwa.
  • Akan ada Pasangan Karmic Soul di arah bertentangan dengan pasangan Twin Flame anda. Pasangan Karmic Soul adalah mereka yang merupakan hubungan terdahulu anda sebelum berjumpa dengan pasangan Twin Flame.
  • Berlaku Kebangkitan rohani dalam diri dan jiwa anda di mana banyak perkara aneh berlaku seperti kebolehan intuisi dan psikik..
  • Dalam tempoh pemisahan, anda tidak akan dapat berjumpa dengan Twin Flame anda. Anda akan dipisahkan oleh takdir. Malah anda juga tidak dibenarkan untuk menghubungi Twin Flame anda dalam tempoh tersebut.

Jika ada kebangkitan rohani berlaku atau tidak itulah yang akan menjadi titik petanda untuk menilai apakah itu hanya keruntuhan hubungan biasa atau tahap pemisahan hubungan Twin Flame.




Apa yang berlaku semasa Peringkat Pemisahan




Situasi simbolik yang berlaku pada Peringkat Pemisahan dengan Twin Flame anda adalah ujian hidup yang mengakibatkan kebangkitan rohani.

Apa tugasan yang perlu diselesaikan semasa Peringkat Pemisahan?

Semasa peringkat pemisahan, segala ujian hidup yang datang adalah bertujuan untuk membantu pertumbuhan jiwa masing-masing.

Dikatakan bahawa dalam Ujian Pasangan Twin Flame, anda dan pasangan Twin Flame anda akan saling bersemangat dan keadaan yang luarbiasa akan berlaku dalam kehidupan masing-masing. Namun, kerana ada tugas-tugas yang diperlukan untuk setiap jiwa pelajari dan sempurnakan, tidak semestinya percubaan yang akan dihadapi masing-masing akan saling bertembung.

Namun, nampaknya tidak ada keraguan bahawa ujian yang akan dihadapi oleh pasangan Twin Flame adalah ujian yang sukar yang sukar sehingga akan menyebabkan kematian.

Apabila anda mendengar perkataan "Twin Flame", anda mungkin membayangkan hubungan romantis dengan orang yang ditakdirkan untuk anda bertemu dalam kehidupan yang mebawa kepada suatu perjalanan yang sangat indah hungga ke akhirnya.

Siapa sangka, hubungan Twin Flam adalah hubungan push-and-pull dimana berlaku kejar mengejar oleh kerana kebangkitan rohani yang berlaku menyebabkan pasangan Twin Flame dalam kebingungan dan kebuntuan.


Manakala dalam percubaan peringkat pemisahan, keadaan yang cukup sukar pula menanti pasangan Twin Flame.

Oleh itu, untuk bersatu kembali dengan pasangan Twin Flame anda, adalah penting untuk anda mula mengatur diri anda kembali.



Apakah kebangkitan rohani Twin Flame?

Apabila anda mendengar kata "kebangkitan rohani", anda mungkin membayangkan bahawa anda akan menjadi seorang yang sangat spiritual, magis dan psikik seperti dapat membaca rohani atau anda dapat mendengar suara Tuhan, dan mungkin berfikir "Adakah saya akan menjadi bomoh atau sesuatu?"

Kebangkitan rohani yang akan berlaku kepada anda akan bergantung kepada seseorang itu. Sebagai contoh, anda mungkin memiliki intuisi dengan dapat merasakan perasaan atau melihat situasi pasangan Twin Flame anda walaupun dia berada jauh dari anda, atau secara tiba-tiba anda mendapat satu memri masa lalu seperti kenangan tentang kehidupan masa lalu anda dengan pasangan Twin Flame anda muncul di dalam fikiran anda.

Semasa dalam peringkat pemisahan, anda harus mengatasi segala ujian yang diperlukan untuk bersatu kembali dengan Twin Flame anda, tetapi hanya dengan memahami kebangkitan rohani anda sahaja akan membantu anda melalui ujian yang anda perlu hadapi..



Apa yang sebenarnya berlaku semasa Peringkat Pemisahan

Di sini, saya  ingin memperkenalkan keadaan yang berlaku semasa peringkat pemisahan Twin Flame yang sebenarnya dialami oleh Kyoto, yang merupakan sumber maklumat dalam artikel ini.

Sepuluh hari setelah Koto dan Twin Flamenya mula yakin dengan cinta masing-masing, perpisahan mula terjadi. Hubungannya bermula dengan agak baik namun kebahagian tanpa ujian hanya pada 6 bulan pertama. Kemudian lelaki tersebut mula bersikap acuh tak acuh dan selalu menghilangkan diri. Dan Kyoto mula menjadi bingung. Apabila Kyoto mula menjauhkan diri, lelaki tersebut datang kembali seperti biasa. Begitulah hubungan mereka yang berlanjutan sehingga 2 tahun dalam keadan begitu.

Pada tahun ketiga, Kyoto mula fokus dengan kerjayanya dan mula bergaul denga lebih ramai orang dan cuba membuka hatinya pada orang lain. Ketika ini alam semesta seolah-olah berkompromi dan semua yang Kyoto lakukan tidak menjadi dan masalah-demi masalah mula menghampiri. Kebangkitan rohani juga semakin banyak dan Kyoto hilang arah. Emosi beliau sering tergangu oleh kerana kebangkitan rohani yang dilaluinya. Dia kemudiannya telah berpindah jauh akibat daripada desakan yang berlaku di dalam hidupnya. Dia terpaksa berhenti kerja dan berpindah. Ia terlalu tiba-tiba dan dia tidak dapat menahannya.

Sejak mereka memasuki tahap pemisahan, dia cuba tidak menghubungi lelaki tersebut. Ada juga dia cuba menghubungi setelah sekian lama namun tidak diendahkan oleh lelaki tersebut dan ini sangat mengecewakan Kyoto.

Sehingga pada pertengahan tahun, setelah 6 bulan berlalu lelaki tersebut menghantar pesanan teks kepada Kyoto namun oleh kerana kecewa dan marah disbebabkan pesanan yang pernah dihantar Kyoto sebelum ini tidah diendahkan, Kyoto membalas teks tersebut dengan kata-kata sini dan menyatakan dia tidak perlukan lelaki itu lagi dalam hidupnya. Kyoto terus hidup tanpa berhubung dengan lelaki tersebut sehingga ulang tahun hari jadi lelaki tersebut pada hujung tahun di mana Kyoto telah memberikan ucapan hari lahir.

Sebeanrnya dalam tempoh setahun itu, Kyoto ada kembali ke bandar dan lalu di kawasan tempat tinggal lelaki tersebut namun, dia tidak dapat untuk hendak berjumpa dengannya. Dia tidak ada kekuatan walaupun dia teringin untuk berjumpa Dia hidup dengan penderitaan perpisahan dan kelihatan seperti seolah-olah cinta dan perasaan dia telah pudar terhadap Twin Flamenya itu.

Kebangkitan rohani yang di alami oleh Kyoto adalah pada ketika perpisahan mula berlaku, pada suatu hari, ketika dia sedang membaca buku dengan minum kopi di sebuah kafe, gambar seorang lelaki dan seorang wanita yang tidak pernah bertemu tiba-tiba muncul di kepalanya. Dia memahami seketika bahawa wanita ini adalah dia di masa lalu dan lelaki itu pula adalah twin Flamenya di masa lalu.

Ini adalah permulaan kebangkitan rohani Kyoto.

Sejak itu, masa lalu bersamanya dikenang setiap hari. Pada masa yang sama, dia juga seolah-olah merasakan yang dia mungkin tidak akan dapat bersamanya lagi sehingga ke akhir hayatnya.

Setelah kebangkitan rohani berlaku, dia berfikir "Bagaimana saya hendak hidup mulai dari sekarang?", Dan dia memperhatikan pemikiran tertentu dalam benaknya. Dia bukan lagi dia yang sebelum ini.

"Bagaimana saya henda menjana wang dan melakukan perkara yang saya benar-benar mahukan seperti menulis?"

Anda mungkin menganggapnya sesuatu yang gila, tetapi pemikiran ini adalah perasaan yang ada dalam fikiran Kyoto secara samar-samar sejak usianya yang lebih muda. Dan, memikirkan "jika saya hidup sama sekali, saya akan hidup dengan melakukan apa yang belum pernah saya lakukan sebelumnya", Kyoto tiba-tiba mula bergerak ke arah menjadi "wanita yang menjana pendapatan".

"Apabila saya mencapai matlamat ini, saya akan bersatu semula dengan Twin Flame saya."

Dia tidak tahu mengapa, tetapi dia berasa seperti itu.

Selepas itu, dia mula menuju ke gawang dengan penuh tenaga. Terdapat beberapa kesukaran untuk mencapai matlamat tersebut. Namun, dengan masa yang tepat yang tidak dapat dijelaskan dengan kata "masa yang tepat", keadaan untuk mengatasi kesulitan itu telah datang kepadanya untuk mebantunya.

Pelbagai kesusahan seperti wang, dan hubungan menantinya. Tetapi setiap kali dia mengatasi masalah itu, Kyoto telah menjadi semakin tabah dan matang dalam menghadapinya. Malah dia lebih Fokus.

Dan akhirnya, Kyoto menjadi seorang wanita yang mampu berdikari sendiri setelah lebih 2 tahun hilang arah tuju dan mula menjadi  "wanita yang memperoleh pendapatan sendiri". Namun, perjumpaan dengan Twin Flame masih tidak berlaku.

Pada uatu hari, Kyoto merasa "Saya rasa saya tidak dapat melakukannya lagi", dan pada akhirnya dia mengumpulkan keberanian untuk menghantar e-mel kepadanya. Buat pertama kalinya dalam satu setengah tahun, jawapan dari dia akhirnya sampai kepadanya.

Kemudian, Kyoto bersatu kembali dengan Twin Flamenya, dan keesokan harinya mereka telah bertemu yang akhirnya membawa mereka ke hubungan perkahwinan.





Bolehkah anda mengahwini Twin Flame anda?


Adalah keajaiban untuk dapat bertemu dengan Twin Flame anda dalam kehidupan ini. Antaranya, ada pasangan yang hidup secara damai tanpa tahap pemisahan, manakala ada pula yang lain telah mengalami proses pemisahan.

Dalam kes Twin Flame yang dapat bernikah tanpa tahap pemisahan, perkahwinan itu tidak bermaksud penyatuan Twin Flame. Mereka akan dipisahkan lagi di akhirat dan akan terus melalui proses kebangkitan jiwa hingga hari pertemuan semula.

Dalam kehidupan terakhir di mana anda dan pasangan Twin Flame anda hidup dalam tubuh yang berbeza, tahap pemisahan pasti akan datang. Perjalanannya tak mungkin lancar malah di kehidupan terakhirlah ujian yang paling mencabar sebelum dapat bersatu semula dengan pasangan Twin Flame anda.


Boleh dikatakan bahawa pada era ini ada lebih banyak pasangan Twin Flame yang melalui ujian dan akhirnya berkahwin setelah mengakhiri peringkat pemisahan.




Untuk bersatu semula dengan Twin Flame anda




Sekiranya anda tidak sudah tidak berhubung lagi dengan Twin Flame anda dan anda sedang berada dalam keadaan yang sangat menyakitkan, anda tidak dapat bertemu lagi dengan Twin Flame anda hanya dengan menunggu saat di mana "Hari anda akan bertemu lagi".

Tahap pemisahan wujud bukan hanya untuk memisahkan anda dari Twin Flame anda, tetapi ia berlaku untuk setiap jiwa supaya dapat berkembang. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda memahami semua yang terjadi dalam hidup anda dan mengenalpasti semula kesemua ujian yang anda telah lalui sehingga tahap pemisahan telah terjadi. Anda perlu melakukan analisis dan memhami semua perkara dari setiap sudut, sebab dan mengapa ianya terjadi dan anda perlu belajar daripadanya. Jiwa anda harus tahu "Apa sebeanrnya tugas anda dan apa yang harus anda lakukan ."

Adakah terdapat sesuatu yang anda tidak tahu mengapa ianya telah terjadi tetapi fikir "Saya harus mencuba ini sekali" atau "Saya ingin mencubanya" tetapi  anda belum memulakannya?

Tahap pemisahan mungkin cukup menyakitkan untuk mematahkan hati anda, tetapi anda harus cuba untuk terus maju ke hadapan sementara menantikan hari pertemuan semula.


No comments:

Post a Comment

7 chakra utama mempengaruhi emosi, kesejahteraan diri dan penurunan berat badan kita

   Walaupun anda sudah berusaha keras untuk makan makanan yang sihat dan bersenam tapi masih tidak dapat menurunkan berat badan? Anda telah ...