Saturday, July 7, 2018

Apakah tanda-tanda ianya adalah pasangan Twin Flame? Bagaimanakah untuk mengetahuinya?

 



Bilakah anda dapat berjumpa dengan Twin Flame anda?

Adakah pertemuan secara tiba-tiba dengan seorang lelaki boleh menjadi pertemuan antara Twin Flame anda? Seseorang lelaki yang merupakan takdir anda juga berkongsi satu jiwa dengan anda? Apakah tanda-tanda pertemuan dengan Twin Flame anda?

Ini adalah kisah sebenar seorang wanita bernama Kyoto yang menemui Twin Flame dalam hidup ini dan bersatu semula setelah peringkat perpisahan. Berdasarkan pengalamannya, saya ingin dahulu menerangkan tentang pertemuan dengan Twin Flame. Bagaimana anda tahu dia adalah Twin Flame anda?

Kandungan:

  1. Keputusasaan adalah tanda anda bertemu dengan Twin Flame!?
  2. Permulaan perjalanan sebelum berjumpa Twin Flame.
  3. Jurang keputusasaan yang semua kemungkinan adalah tertutup.
  4. Berjumpa dengan api Twin Flame.
  5. Apakah permulaan kisah perjalanan Twin Flame?

Keputusasaan adalah tanda anda bertemu dengan Twin Flame!?

Kyoto berada di bawah keadaan tertentu sebelum bertemu dengan Twin FlameNya.

Keadaan ciri adalah "Abyss of Hopelessness".

Sehingga itu, dia hidup sebagai suri rumah biasa tanpa kejayaan besar atau kegagalan besar. Namun, sebagai akibat dari kejadian tertentu, kehidupan gembiranya mula merosot sedikit demi sedikit dan malangnya ianya mula merosot ke arah yang lebih buruk. Walaupun dalam keadaan semakin parah, dia terus hidup dengan kuat. Tetapi setiap kali dia berusaha untuk maju jalan seolah-olah ditutup. Dan akhirnya dia kehilangan segalanya. "Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan sekarang" Ketika dia berada dalam jurang putus asa, dia bertemu dengan seseorang yang merupakan Twin Flamenya.

Sebagai pengalaman sebenar dalam perjalanan Twin Flame, saya ingin menceritakan kepada anda betapa teruknya keadaan ketika dia ketika bertemu dengan Twin Flamenya.


Permulaan perjalanan sebelum berjumpa Twin Flame.




Dia mengahwini teman lelakinya pada masa dia mengalami kekecewaan dalam hidup dan kerjaya. Perkenalan yang sebentar itu telah membawa ke jinjang pemain oleh kerana faktor umur yang mana dia sudah berumur 28 tahun ketika itu. Sebelum itu, dia sedang bekerja dan mempunya pasangan kekasih namun kedua-duanya tidak stabil. Selain masalah innerchild yang dihadapinya, Kyoto mengalami satu perjalanan hidup yang mencabar namun dia sangat tabah cuma ketika itu dia masih tidak memahami apa-apa tentang perjalanan atau kebangkitan rohani apatah lagi tentang Twin Flame ini.

Kyoto mempunyai hubungan yang buruk dengan ayahnya kerana sejak kecil kedua ibu bapanya telah berpisah dan dia ditanamkan dengan kebencian terhadap bapanya walaupun dia tidak pernah bertemu dengan beliau. Sehinggakan ketika bapanya hendak bertemu juga dia tidak mahu kerana kebencian yang mendalam pada waktu itu. Bagi seseorang yang tidak mengenal cinta dan kasih sayang, dia tidak tahu apakah yang hendak diharapkan atau dijangkakan dalam sesuatu hubungan cinta dan perkahwinan.

Hubungan cintanya sering gagal kerana dia sering lari dari hubungan dan tidak mampu menerima walau sekecil kesilapan. Walaupun sering inginkan pasangan namun setelah mendapatnya dia tidak tahu bagaimana untuk memelihara hubungan tersebut.

Setelah menemui satu kegagalan cinta yang agak hebat ketika itu, Kyoto telah mengalami kesedihan yang amat sangat dan mengasingkan diri hampir selama 6 bulan. Setelah itu, dia cuba bangkit dengan meneruskan hidup dan mencari kerja semula. Namun, pekerjaannya tidak memenuhi jiwanya, dia turut membuat perniagaan sendiri yang akhirnya menemui kegagalan dalam masa 6 bulan. 

Dalam tempoh itu dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang kemudiannya menjadi suaminya. Pertemuan singkat dan persahabatan bertukar kepada hubungan intim yang berakhir ke jinjang pelamin. Hubungan dengan suaminya telah bermasalah sejak dari awal lagi kerana Kyoto sememangnya masih dalam kecelaruan emosi akibat kegagalan cinta yang lalu, pekerja dan perniagaan. Malah, masalah innerchild yang dia hadapi namun dia tidak tahu akannya juga sebenarnya menjadi salah satu punca ketegangan dalam perkahwinannya sejak dari awal lagi.

Namun, dia cuba berusaha dan mengharapkan perkahwinan itu akan mempunyai erti seperti,

"Perkahwinan dapat mengatur kembali keadaan keluarga yang dia tidak miliki ketika dia dilahirkan dan dibesarkan."
"Saya mahu menjadikan rumahtangga saya menjadi hangat. Saya akan memupuk cinta yang tidak dapat saya dapatkan dari ayah saya dan ibu saya di rumah saya sendiri. " Dia berfikir begitu.

Dia mula cuba menjadi seorang yang sangat biasa daripada dia yang sebelum ini, seorang yang bercita-cita tinggi dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan mencapai apa sahaja yang dia impikan. Kini dia memilih untuk melakukan pekerjaan rumah tangga dan memilih pekerjaan yang hanya cukup untuk memberi pendapatan bulanan sekadar cukup makan dan dia langsung tidak mahukan kerja yang menuntut dia untuk bekerja lebih masa dan mempertingkan diri ke tahap yang lebih tinggi. Lebih-;ebih lagi setelah dia mula mengandung. Dia sendiri berkata dia hanya mahu kerja pejabat dan tidak mahukan lagi kerja yang mencabar dan tidak perlukan pangkat lagi. 

Namun, setelah setahun berlalu dia mula merasakan sesuatu yang berbeza. Dia mula rasa bosan. Masuk tahun kedua dia sudah mula berubah menjadi seorang yang pemarah dan perenggus kerana dia merasakan ini bukan dirinya dan kehidupan yang dia mahukan. Kebosanan dengan hidup yang dilalui sehari-hari dengan suami yang tidak bekerja, keluarga mertua yang cuba menutup penipuan-demi penipuan, dia mula berubah dan dia sudah tidak boleh lagi menahan kesabarannya. Pergaduhan demi pergaduhan mula berlaku setiap hari dari sekecil-kecil hal sehingga ke sebesar-besar hal. Malah, mereka pernah bergaduh sehingga habis berantakan satu rumah rosak dan pecah dan laporan polis turut dibuat olehnya terhadap suaminya.

Dan suatu hari dia menyedari penyebab penderitaan itu.

"Dia menyerupai ayah saya ..." walaupun baik, tetapi dia tidak jujur dan telus dalam perhubungan dan dia tidak mampu menjadi seperti apa yang saya harapkan.

Ketika melihat ayahnya kesal, hatinya selalu gugup dan sakit. Kerana itu, dia seharusnya memilih orang yang tidak menyerupai ayahnya sebagai pasangan perkahwinan. Walaupun begitu, suaminya selalu kesal di rumah seperti ayahnya.



Dia telah mengalami kembali kenangan masa kecilnya yang mengerikan dalam kehidupannya yang sudah berkahwin. Seolah-olah dia mengulangi karma kedua ibu bapanya. Dia tidak seharusnya memilih orang yang menyerupai ayahnya, tetapi inilah percaturan takdir untuk dia kerana dia adalah yang terpilih. Setelah menyedari kenyataan itu, hubungan antara pasangan itu bertambah buruk dan dia memutuskan untuk mengakhiri kehidupan berkahwin yang berlangsung selama 3 tahun.

Perceraian ini bermaksud bahawa kehidupan baru Kyoto telah gagal. Masalah innerchild terhadap ibu dan dengan ayahnya muncul lagi dalam dirinya, dan dia mengalami kerosakan mental dan emosi yang teruk. Tidak mendapat sokongan keluarga atas keputusan yang dibuat, dia menjauhkan diri daripada keluarganya.

"Saya tidak perlu menghadapi kedua ibu dan ayah saya lagi, ini adalah hidup saya dan inilah keputusan saya. Saya akan hidup sendiri mulai sekarang"

Kemudian, dia memutuskan untuk berhenti menghadapi masalahnya dengan kedua ibu dan bapanya.

Tetapi ketika dia mulai menjauhkan diri dari masalahnya, hidupnya menjadi semakin terumbang ambing. Hanya selepas itu baru dia mendapat tahu bahawa perjalanan hidupnya ini, "masalah dengan ayahnya" ini sebenarnya adalah tugas untuk dia mencari siapa Twin Flame yang diberikan kepadanya dalam kehidupan ini.



Jurang keputusasaan yang semua kemungkinan adalah tertutup.



Sebagai jururawat haiwan, dia dapat hidup sendiri walaupun bercerai. Dia mempunyai 13 tahun kerjaya jururawat haiwan dan pengalaman bekerja sukarela pada kucing liar. Dan ketika dia berfikir "Bagaimana saya akan hidup sendiri di masa depan?", Dia memutuskan untuk meninggalkan pulau itu dan berusaha melindungi binatang liar.

Kyoto mula bekerja keras untuk meneruskan kehidupannya. Namun, setiap kali dia mengambil langkah, pasti ada sahaja masalah di tempat kerja. Ada sahaja masalah yang akan ditimbulkan orang lain kepadanya dan telah memberikan dia lebih banyak tekanan. Berkawan dengan rakan yang silap pada waktu itu telah menambahkan lagi kerumitan hidupnya. Sesuatu yang tidak dapat dielakkan mula terjadi satu demi satu, namun dia masih bertahan kerana dia seorang yang kuat semangat dan tidak mudah menyerah kalah.

Pada masa yang sama, kejadian yang semakin memburukkan keadaan berlaku di dalam kehidupan peribadinya dan pekerjaannya. Dia tidak berkongsi perihal penceraiannya kepada rakan-rakan maka dia menggungnya seorang diri.


Kehilangan segalanya meninggalkan kekosongan di hatinya, dan dia tidak tahu bagaimana untuk pulih. Pada masa ini, Kyoto berada dalam keadaan putus asa.



Berjumpa dengan Twin Flame.




Suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki di sebuah rumah yang dikunjunginya sebagai menemani kawannya yang dijemput kesebuah jamuan tertutup. Pndangan pertamanya tidaklah begitu baik. Kerana penampilannya serupa dengan ayahnya. Namun, kali pertama berjumpa dia merasakan seolah-olah pernah berjumpa sebelum ini. Hatinya merasakan seperti pernah bertemu sebelum ini tetapi tidak tahu di mana. Dia cuba mengingat dan memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang boleh diterima akal namun semuanya sia-sia. Tidak mungkin mereka pernah bertemu atau kenal sebelum ini. Hanya dengan pandangan pertama dia dan lelaki itu mula tertarik di antara satu sama lain.


Setelah pertemuan pertama, tiada lagi komunikasi selepas itu. Walaupun dia ada bertanya dari kawannya tentang lelaki tersebut kerana mahukan kepastian bahawa adakah mereka pernah bertemu sebelum ini, namun dia tidak bertanyakan secara terus. Selepas 2 minggu lelaki itu menghantar mesej perkenalan.

Seminggu selepas mesej pertama diterima mereka bertemu kembali. Pada saat pertama kali berpegangan tangan dengannya, dia merasakan perasaan pelik seperti semua mereka telah kenal antara satu sama lain terasa satu hubungan yang tidak dapat dijelaskan. Ketika itu dia masih belum tahu tentang Twin Flame dan apa yang sedang dia lalui ketika itu hanyalah permulaannya sahaja. Lelaki itu adalah Twin Flame yang dia berkongsi satu jiwa bersama sejak ribuan tahun yang lalu. Namun masing-masing tidak tahu, tidak ingat mungkin.



Apakah permulaan kisah perjalanan Twin Flame?




Siri perjalanannya adalah seperti berikut.

  • Dia telah menyerah kalah pada tugasannya.

→ Hidupnya mulai condong ke arah yang lebih buruk, dan apa sahaja yang dilakukannya tidak berjalan lancar.

→ Dia kehilangan segalanya dan berada dalam jurang putus asa.

→ Dia bertemu dengan Twin Flamenya yang mempunyai segalanya.


Ia dikenali sebagai teori Twin Flame umum bahawa permulaan pertemuan Twin Flame adalah anda akan berada dalam situasi kehidupan yang paling teruk. Namun, pada masa ini tidak jelas apakah pencetus untuk sampai ke situasi terburuk dalam hidup yang selalunya anda merasa terpanggil untuk membebaskan diri dari belenggu yang merantai jiwa anda dan mebuatkan anda menyerah pada tugasan hidup sebagai manusia.

Namun, dalam kes ini, tidak diragukan lagi bahawa menyerahkan tugas kehidupan telah memacu ke arah kehidupan yang lebih buruk. Jika anda mengalami perjalanan rohani, anda juga perlu melalui situasi yang buruk dahulu sebelum dapat menikmati kemanisan hidup ini. Jadi percayalah dengan tugasan anda dan perjalanan yang telah ditentukan kepada anda untuk anda laluinya. Walaupun sukar, anda perlu teruskan.

Dengan menemui Twin Flame, hubungan dengan ayahnya yang menjadi beban dalam hati dan jiwanya dapar dilepaskan daripada dalam dirinya. Dan dia telah menyedari bahawa dia sebenarnya sangat menyayangi ayahnya yang sangat dia benci. Dia tidak dapat memahaminya sebelum ini kerana itu adalah perjalanan ayahnya dan setelah dia melalui perjalanannya barulah dia faham bahawa setiap kita ada tugas yang perlu kita lakukan dan semua itu telah pon ditakdir. Sebagaimana, perjalanan hidupnya telah ditakdirkan, begitu juga kedua ibu dan ayahnya. 

Untuk menghadapi beban tugasan kehidupan dalam hayat ini, dia tahu dia perlu bertemu dengan pasangan Twin Flamenya.

No comments:

Post a Comment

7 chakra utama mempengaruhi emosi, kesejahteraan diri dan penurunan berat badan kita

   Walaupun anda sudah berusaha keras untuk makan makanan yang sihat dan bersenam tapi masih tidak dapat menurunkan berat badan? Anda telah ...