Wednesday, December 9, 2020

Marah dan sakit. Apa kaitannya?

 


Bila baca berita, gossip, media sosial boleh buat naik darah dibuatnya. Kenapa? Banyak perkara-perkara yang menyakitkan hati akan dibaca, kenyataan-kenyataan bodoh ahli politik. Dari mood  baik tiba-tiba emosi boleh jadi tidak stabil!

Itulah yang berlaku 2 hari lepas, apabila saya jugak hilang kawalan diri membaca kenyataan dan tindakan sesetengah ahli politik yang sellfish ini. Sudahlah korup, pentingkan diri pula malah tamak dan gila jawatan. Dikala orang ramai dihimpit dengan berbagai-bagai masalah sewaktu pandemik, ramai yang sudah hilang pekerjaan malah banyak perniagaan dah gulung tikar. 

Jadi, semalam seharian saya tidak membuka akaun media sosial untuk melihat apa-apa atau membaca apa-apa. Lagi pula saya mengalami flu yang teruk. Apabila saya marah, saya pasti akan sakit selepas itu, sakit seperti selesema, demam atau batuk. Perkara ini bukan baharu, malah sejak kecil lagi. Sebenarnya inilah perkara yang hendak saya kongsikan kepada anda semua. Marah dan sakit, apa kaitannya?


Pertama sekali mari kita memahami apa itu marah/kemarahan?


Kemarahan adalah emosi yang dicirikan oleh sikap antagonis terhadap seseorang atau sesuatu yang anda rasa telah membuat anda salah. Kemarahan boleh menjadi perkara yang baik. Ini dapat memberi anda cara untuk menyatakan perasaan negatif, misalnya, atau memotivasi anda untuk mencari jalan keluar untuk masalah.


Apakah tiga jenis kemarahan itu?

Tiga jenis ungkapan kemarahan umum adalah:

  1. Agresif.
  2. Pasif.
  3. Tegas.

Apakah jenis emosi di sebalik kemarahan?

Walaupun terdapat banyak takrifan, kebanyakan datipada orang hilang elemen penting disebalik kemarahan iaitu hubungan antara dua keadaan emosi: 

kemarahan adalah satu emosi akibat daripada/untuk menutup ketakutan (atau semacam "kelemahan", iaitu emosi yang lebih rentan, seperti kegelisahan, rasa malu, rasa bersalah, tidak berdaya, atau kesedihan).



 Jadi, apa yang menyebabkan kemarahan?

Apa yang menyebabkan orang marah? Terdapat banyak pencetus amarah, seperti kehilangan kesabaran, merasakan seolah-olah pendapat atau usaha anda tidak dihargai, dan ketidakadilan. Sebab-sebab kemarahan lain termasuk kenangan peristiwa traumatik atau memalukan dan bimbang tentang masalah peribadi.



Apakah tabda-tanda kemarahan boleh memberi kesan kepada fizikal? 

  1. mengepalkan rahang anda atau mengisar gigi.
  2. sakit kepala.
  3. sakit perut.
  4. degupan jantung meningkat dan cepat.
  5. berpeluh, terutamanya tapak tangan anda.
  6. berasa panas di leher / muka.
  7. gemetar atau menggeletar.
  8. pening.


Marah dalam Senyap

Apakah yang dimaksudkan marsah dalam senyap ini. Mereka ini adalah orang yang gemar memendam rasa. Mereka menyimpan kemarahan mereka di dalam dan enggan bercakap atau terbuka tentang perasaan mereka kerana mereka takut mengatakan sesuatu yang akan menyakiti orang yang mereka marah. ... Orang yang bertindak balas terhadap kemarahan dengan diam sering takut untuk berdiri sendiri dan menghadapi orang yang menyakiti mereka. 

Memendam rasa sebeanrnya tidak elok untuk kesihatan mental dan fizikal. Mereka yang memendam rasa ini selalunya Throat, Heart dan Sacral Chakra mereka tertutup. Banyak kesan buruk yang akan timbul secara perlahan-lahan semakin lama ianya dipendam. Cuba cari tempat atau seseorang yang anda percaya, dan cuba luahkannya. 




Adakah kemarahan adalah satu pilihan?

Kita ada pilihan di dalam hidup maka kita ada pilhan untuk marah atau tidak. Kita boleh memilih untuk tidak marah jika kita mengambil sesuatu perkara secara positif, cuba memhami punca atau keadaan mengapa, mungkin kita dapat mengawal emosi kita daripada marah. Sebagai manusia kita mempunyai korteks yang besar untuk difikirkan. Manusia boleh mengatasi dorongan naluri kepada sesuatu yang lebih baik. Maka, benarlah marah atau kemarahan itu adalah pilihan bagi kebanyakan kita, sepanjang masa. Jadi, pilihlah untuk menjadi tenang, dan sabar.



Jadi, dapat dilihat di sini secara saintifik juga, kemarahan dapat mengundang penyakit. Marah akan memberi kesan terhadap tubuh kita tanpa kita sedari. Ramai yang mungkin sedar akan akibatnya tapi abaikan kaitannya da kesannya. dalam jangka masa pendek mungkin tidak nampak sangat tetapi dal'am tempoh jangka masa panjang, mungkin akan menybabkan depression, dan penyakit yang lebih kronik.



Jadi, jika hendak marah, cubalah duduk tenangkan diri dan tarik nafas panjang dan dalam dan lepaskannya secara perlahan-lahan. Ulanginya beberapa kali sehingga anda mula rasa tenang dan tidak lagi tegang.

Sunday, December 6, 2020

7 KEBAIKAN DIET KETO

 


7 KEBAIKAN DIET KETO

Keto mempunyai banyak kebaikan kerana ia mengubah kimia badan anda. Badan anda akan lebih cekap apabila ia mempunyai keton sebagai bahan bakar.



1. Berat Badan

Ini sudah semestinya, adalah kebaikan utama yang dicari oleh orang ramai. Apabila lemak menjadi sumber tenaga, badan anda secara aktif membakar lemak apabila ia memerlukan lebih tenaga berbanding menggunakan glukosa.

Tetapi bagaimana proses sebenar berfungsi?

Apabila badan anda memasuki ketosis, gula darah dan paras insulin menurun. Ini memberikan sel-sel lemak keupayaan untuk melepaskan air yang telah mereka simpan dan inilah sebab pada mulanya, kebanyakan orang melihat kejatuhan besar berat badan mereka akibat kehilangan air.

Selepas itu berlaku sel-sel lemak cukup kecil untuk memasuki aliran darah dan memasuki hati di mana mereka boleh ditukarkan menjadi keton.

Proses ini berterusan semasa anda menempuhi sepanjang perjalanan keto dan selagi anda meletakkan diri anda dalam defisit kalori (kurang kalori).


2. Kawalan Selera Makan

Satu perkara yang luar biasa berlaku apabila diet anda tidak berat karbohidrat. Anda akan mendapati bahawa anda tidak lapar seperti biasa dan tidak berakhir dengan keinginan rawak yang menyebabkan anda makan makanan yang tidak sihat.

Ramai orang yang melakukan keto dapat melakukan intermittent fasting (puasa secara berselang-seli) di mana mereka hanya makan pada tempoh tertentu seharian. Hal ini boleh dilakukan kerana perut anda tidak akan menanggis memberitahu anda bahawa anda perlu makan donat.


Sunday, November 1, 2020

KETO DIET ATAU Diet Keto. Apa yang kita perlu tahu?

  



Diet Keto. Apa yang kita perlu tahu?


Keto Diet atau dalam Bahasa Malaysianya ialah Diet keto adalah diet yang dilakukan dengan cara menerapkan pola makan rendah karbohidrat, namun tinggi lemak. Kaedah diet ini kian popular kerana dianggap cepat menurunkan berat badan. Di sisi lain, diet keto masih kontroversi kerana bila tidak dilakukan dengan betul, mungkin boleh membahayakan kesihatan.



Sebelum hendak memulakan amalan diet keto, sebaiknya anda ketahui terlebih dulu berbagai hal tentang diet keto, termasuk bagaimana cara yang betul untuk menjalani diet ini dan risikonya. Dengan demikian, Anda mampu memahami dan memilih diet keto jenis apakah yang sesuai dengan kondisi tubuh dan kemampuan fizikal anda.

Perlu difahami di sini, setiap orang mungkin berbeza tahap diet keto mereka bergantung kepada tahap kegemukan, saiz badan, faktor kesihatan dan sebagainya. Anda perlu sesuaikan mengikut tahap kemampuan fizikal anda jika tidak ianya pasti membahayakan. Apa jua jenis diet atau senaman jika dilakukan diluar batasan kemampuan pasti akan mendatangkan bahaya.






Apakah Diet Keto?


Diet keto hampir sama dengan diet Atkins dan ianya adalah diet rendah karbohidrat yang dilakukan dengan megurangkan pengambilan karbohidrat dan meningkatkan pengambilan lemak. Tujuan pengambilan lemak dalam jumlah tinggi pada diet keto adalah agar tubuh dapat mencapai kondisi ketosis.

Dalam kondisi tersebut, tubuh akan membakar lemak sebagai sumber energi utama. Lemak juga akan diubah menjadi keton di organ hati, sehingga dapat memberi seumber tenaga untuk otak.

Ketosis sebenarnya merupakan kondisi ringan dari ketoasidosis, iaitu sebuah kondisi berbahaya yang banyak dialami penderita diabetes jenis 1.

Walaupun masih banyak pro dan kontra, beberapa kajian menunjukkan bahawa diet keto merupakan diet yang sihat dan selamat aman juga efektif untuk dilakukan, terutama oleh mereka yang obesiti.

Hingga kini, manfaat dan pengaruh diet keto pada tubuh masih terus diteliti. Sebaiknya lakukan diet keto untuk waktu tertentu mengikut jadual dan pengambilam makanan yang berkhasiat.





Kebiasaannya, kita hanya mampu menghasilkan keton ketika sedang berpuasa, dan inilah sebabnya mengapa puasa mempunyai kesan yang sangat baik terhadap kesihatan. Baru-baru ini, kita dapat lihat diet ‘Intermittent Fasting’ (IM) semakin popular dalam kalangan masyarakat yang cakna mengenai kepentingan gaya hidup sihat. Diet ‘Intermittent Fasting’ ini telah terbukti mampu memanjangkan hayat, mencegah penyakit dan sebenarnya telah digunakan untuk merawat penyakit-penyakit tertentu selama beratus-ratus tahun. 


Sekiranya anda mengikuti cara Diet Keto yang betul, hasilnya akan tetap sama tanpa perlu menjalani puasa secara sekatan berdisiplin. Malah, pelbagai resepi makanan sihat yang lazat dapat disediakan bagi memastikan keadaan ketosis tetap berlaku dalam tubuh badan kita yang biasanya hanya dilihat apabila kita berpuasa. Ini juga menjadi asbab mengapa Kopi Mentega di pagi hari menjadi semakin popular. Waktu pagi adalah masa yang terbaik untuk mempraktiskan ‘Intermittent Fasting” dan dengan hanya menambahkan lemak sihat kepada kopi pagi anda akan membantu anda untuk bertahan sehingga ke hidangan pertama anda di tengah hari. Hanya satu bulan percubaan dan anda dapat merasakan kehilangan berat badan yang signifikan dengan pengekalan otot dan anda pasti merasa hebat.


Keton kini dianggap sebagai bahan bakar yang lebih bagus berbanding gula, kerana sekiranya hanya karbohidrat sahaja yang dimetabolisma untuk mendapatkan tenaga, ia boleh menyebabkan keradangan dan ketidakseimbangan metabolik, terutama apabila diambil dalam kuantiti yang banyak. Manusia sememangnya secara alami menggunakan kedua-dua sumber tenaga ini namun diet moden terkini mempunyai kalori berlebihan menyebabkan tubuh badan menggunakan sumber tenaga karbohidrat berbanding pembakaran lemak.


Seperti yang kita semua tahu, proses pembakaran lemak itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah. Di sinilah Diet Keto memudahkan anda dan yang paling penting, ini berasaskan pendekatan inisiatif dimana kita sendiri boleh melakukan pemantauan dengan mengukur keton dalam darah, air kencing atau diri kita adalah tidak menebak kerja sendiri. Keton boleh diukur sama ada darah, air kencing atau kaedah yang paling mudah, melalui pernafasan. Semua peralatan ujian bagi pengukuran keton ini mudah dibeli dan digunakan sendiri di rumah.




Ketiga badan keton atau mudah kata, keton, yang dihasilkan apabila kita membakar lemak menjadi tenaga adalah Acetoacetate (AcAc), asid beta-hidroksibutrik (BHB) dan Aseton. Walaupun pengukuran keton dalam darah adalah yang paling tepat, ia tidaklah begitu mudah kerana perlu menitiskan beberapa titisan darah kepada jalur keton. Metod pengukuran keton adalah kaedah pilihan kami, biarpun ianya hanya mengukur aseton pada nafas, ia memberikan korelasi yang kuat sebagai penanda aras bagi keseluruhan proses ketosis yang berlaku. Ramai yang keliru dengan keadaan ketoasidosis yang mengancam nyawa. Terutamanya kepada pesakit kencing manis haruslah berjaga-jaga dan peka dengan gejala awal penyakit.


Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai statistik tertinggi bagi penyakit obesiti dan diabetes di seluruh Asia. Diet Keto terbukti mampu menawarkan penyelesaian yang lebih praktikal dan berkesan. Namun, ianya tetap bergantung kepada keadaan dan objektif kesihatan individu terbabit dan kemudiannya dapat disesuaikan secara lebih praktikal. Setiap tubuh badan manusia mempunyai penerimaan yang berbeza tetapi kita mampu memperbaiki cara pemakanan keluarga kita dengan pengetahuan dan info yang disediakan oleh Diet Keto hari ini.





7 chakra utama mempengaruhi emosi, kesejahteraan diri dan penurunan berat badan kita

   Walaupun anda sudah berusaha keras untuk makan makanan yang sihat dan bersenam tapi masih tidak dapat menurunkan berat badan? Anda telah ...