Wednesday, May 10, 2017
Inner child. Rata-rata hampir semua di antara kita mengalaminya di dunia ini. Cuma mungkin tidak sedarinya atau tidak tahu menahu akannya.
Sunday, April 9, 2017
Kenapa sama agama tapi asyik berperang? Kerana banyak cabang Mazhab dan Aliran
Mazhab (مذهب) ditakrifkan sebagai aliran, fahaman, atau ajaran dalam bidang-bidang tertentu. Dalam konteks agama Islam, mazhab digunakan bagi membawa maksud "cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam iaitu mazhab Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki. Ia turut digunakan bagi maksud "ajaran Kristian yang telah menyimpang daripada yang asli".(Sumber dari Wikipedia)
Dalam satu agama sahaja sudah ada 4 pecahan Mazhab. Selain daripada 4 pecahan mazhab ini terdapat pula aliran-aliran lain di bawah Mazhab ini antaranya Syiah dan Wahabi atau Salafi. Ini hanya di antaranya yang popular yang biasa kita dengar. Teapi yang sebenarnya ada terlalu banyak mungkin beratus fahaman dan aliran. Jadi boleh faham mengapa Umat Islam berpecah belah. Setiap fahaman dan aliran pula merasakan dia lebih baik dari yang lain. Mereka la yang benar sebenar-benarnya dan merkalah yang akan menghuni Syurga kelak. Selain daripada apa yang fahaman mereka lakukan adalah bid'aah.
Dahulu ketika kecil semasa menonton televisen melihat perang di Bosnia, Iraq, Palestin, Syrua, bukan aku sahaja tetapi pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa umat Islam ini sering berperang. Dan mengapa ada sesetengah negara Islam lain tidak mahu membantu? Walaupun dibantu mereka akan terus berperang kerana memang itulah sifat manusia. Tamak dan angkuh. rela berperang dan berbunuhan mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa, hanya konon-kononya demi agama. Padahal demi kepentingan individu tertentu, demi kuasa. Kasihan..... tak tahu di mana simpati lagi hendak aku letakkan kepada wanita dan kanak-kanak yang teraniaya. Kadang-kadang bila fikir tentangnya pun boleh menitiskan airmata. Kejamnya dunia lelaki dan sangat mementingkan diri sendiri!!
Apa hendak dikata, kerana ini bukan perkara baharu. Ianya telah berlarutan sejak beratus tahun malah beribu tahun lamanya. Menghunakan alasan agama sedangkan peperangan yang mereka cetuskan hanya untuk kepentingan invidu, kumpulan atau organisasi tertentu. Aku tidak tahu jika orang lain tidak muak dengan peperangan atas nama agama dan Allah, kerana aku sudah muak dengan pembohongan ini.
Wednesday, March 8, 2017
Kisah Si Dajjal. Siapakah sebenarnya Dajjal kepada kita semua?
Thursday, February 9, 2017
Lebih baik tidak berkawin. Mengapa? - Perkahwinan sepatutnya mudah.
Perkahwinan sepatutnya dipermudahkan dan bukan dibebankan.
Trend masa kini dan juga tanggapan masyarakat dan keluarga tentang sesebuah majlis perkahwinan telah menjadikan satu ikatan suci kepada beban. Mengapa boleh jadi begini?
Perkahwinan wujud dalam setiap agama dan kepercayaan walau berbeza konsep tetapi perkahwinan sememangnya satu hubungan yang baik dalam pembentukan institusi kekeluargaan. Tanpa perkahwinan, akan berlaku hubungan seks rambang, kelahiran banyak bayi luar nikah tanpa ibu dan bapa, penyebaran penyakit kelamin dan banyak lagi. Oleh kerana itu, perkahwinan perlua ada untuk mewujudkan institusi kekeluargaan yang harmoni dan bersih untuk sejagat.
Jadi kenapa masih juga ramai yang tidak berkahwin? Dan jika berkahwin, ramai pula yang bercerai-berai?
Banyak persoalan mula timbul tapi kita akan bincangkan tentang masalah sosial masa kini yang menyebabkan ramai yang memilih bersekedudukan daripada berkahwin? Apakah puncanya? Agama? Keluarga? Atau diri sendiri memilih hidup sebegitu? Walau apapun, ia pasti ada sebab jika sesuatu tindakan dibuat. Jadi apakah sebabnya?
Di barat, kita dapat lihat perkahwinan bukan kagi kemestian. Mereka memilih hidup bersama-sama untuk bertahun-tahun dan hanya memilih untuk berkahwin secara sah jika bersedia. Malah ada yang tidak berkahwin sehingga ke hari tua mereka dan tetap bersama. Ianya juga bertentangan dengan ajaran Kristian namun ianya sudah menjadi kebiasaan dan diterima pakai oleh semua orang berdasarkan situasi semasa. Perkahwinan dianggap satu tanggungjawab yang berat dan komitmen yang sangat tinggi dan mahal dalam sesuatu perhubungan oleh kerana pemahaman dan perspektif masyarakat terhadap institusi ini terutamanya untuk membuat hanya majlis perkahwinan.
Bayangkan perbelanjaan yang diperlukan untuk sesebuah majlis perkahwinan dari pakaian, door gifts, jamuan makan, temoat, kad jemputan dan macam-macam lagi. Beruntunglah jika anda anak orang kaya yang mampu ditanggung oleh keluarga bagi perbelanjaan majlis perkahwinan. Bagaimana pula mereka yang kurang berkemampuan? Bertahun-tahun bekerja, dan perlu berhutang untuk sebuah majlis perkahwinan, akhirnya yang dibina berakhir dengan penceraian. Ada juga sesetengah bangsa yang mana adat dan budaya mereka meletakkan bebanan dowry atau wang hantaran pada wanita. Maka, wanita menjadi beban kepada ibu bapa jika tidak mampu menyediakan dowry. Jadi apa terjadi kepada mereka yang tidak mampu untuk berkahwin, bercinta tetapi majlis perkahwinan yang membebankan, sedikit sebanyak, perkahwinan semakin hilang ditelan zaman. Jadi maksiat berleluasa, seks bebas, institusi kekeluargaan semakin rapuh.
Kenapa semuanya menjadi mahal? Kenapa semuanya dari agama, adat, budaya, pelajaran dipolitikkan dengan wang. Memang ia menguntungkan sesetengah pihak namun lebih banyak membebankan dan akhirnya ianya pudar di telan zaman dan manusia mula hilang kepercayaan dan memilih kebebasan. Siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Apabila wang menjadi keperluan utama, maka diri kita telah diperhambakan tanpa kita sedari.
Sunday, January 8, 2017
Apakah tujuan agama? - Kisah tentang agama dan tanggapan manusia.
Bila mencari makna dan mendalami agama yang kita warisi, adakah kita akan lebih memahaminya atau menjauhinya? Kita dilahirkan di dalam agama yang telah ditentukan sejak kita lahir. Kita tidak diberi pilihan untuk memilih. Namun, setiap agama di dunia ini mengajar tentang kebaikan. Walaupun dibesarkan dalam agama masing-masing dan di ajar tentang kebaikan mengapa kita masih melakukan kejahatan? Adakah agama yang patut dipersalahkan? Agama itu sepatutnya membawa kepada kebaikan, membentuk keperibadian dan mewujudkan kelompok manusia yang baik, jadi mengapa agama dilihat membawa kepada perpecahan, pergaduhan dan peperangan? Apakah sebenarnya agama? Apakah tujuan agama?
Kebanyakan dari kita membesar dengan agama yang kita telah anuti sejak kita dilahirkan. Kita diajar solat, membaca kitab agama, sejarah-sejarah agama kita, tokoh-tokoh agama kita. Selain kita diajar tentang kebaikan dan keburukan juga syurga dan neraka. Perkara paling menakutkan dalam hidup kita yang sering digembar-gemburkan ialah apabila kita melakukan sesuatu kesalahan kita akan di masukkan kedalam api neraka. Api neraka pula ada 7 jenis untuk kesalahan yang berbeza. Secara umumnya api neraka dikatakan 70 kali ganda lebih panas dari api biasa di dunia. Walaupun tidak pernah melihatnya apatah lagi menyentuhnya, namun kita semua takut akannya namun masih berani meingkari dan melakukan kesalahan-kesalahan yang akan membuat kita dicampakkan ke dalam neraka.
Jadi persoalan di sini...jika kenapa manusia masih lagi melakukan perkara yang bertentangan dengan agama walaupun diketahui akan masuk ke neraka jika melakukannya? Adakah kerana manusia sebearnya tidak takut dengan api neraka? Atau sebenarnya jauh disudut hati tidak percaya akan kewujudan api neraka? Atau mungkin percaya dan mungkin tidak? Tidak ambil peduli mungkin? Atau kerana agama itu sendiri menjanjikan syurga walau apapun perbuatan jahat yang kita lakukan? Maka berebut-rebutlah orang hendak menjadi pengikut agama tersebut..
Agama menjadi rebutan kepada mereka yang mengejar syurga. Apakah itu syurga. Syurga yang diandaikan setiap manusia di mana imaginasi indah yang telah diwujudkan dan ditanamkan dalam fikiran kita sejak kecil walaupun sebelum kita belajar mengeja dan membaca lagi.
Tetapi, setiap agama menjanjikan syurga atau pengakhiran yang baik kepada pengikut yang taat dan patuh pada ajaran manakala yang ingkar pula akan mendapat balasan neraka. Maka, lahirlah pendokong-pendokong agama ynag memperjuangkan syurga. Tokoh-tokoh agama pula dipandang tinggi dan mulia dan Raja pula pendokong sistem beragama kerana pada zaman dahulu, Raja yang membawa Agama, dan sesiapa yang memiliki agama dia memiliki kuasa, empayar dan kekayaan. Namun, pada masa kini, agama dilepaskan kepada Tokoh Agama dan Raja lebih kepada Penasihat yang membeaskan Raja dari beban dan tanggungjawab agama. Walaupun ramai yang mungkin tidak bersetuju, namun ini adalah hakikat.
Dan bila agama menjadi satu sumber pendapatan, kekuasaan, pangkat dan penghormatan, ketamakan mula timbul. Manusia memang dilahirkan dengan naluri dan nafsu tamak, namun itu bukan bermakna manusia itu jahat. Mereka hanya menjadi jahat bila mereka memutuskan mereka hendak menjadi jahat dan mereka boleh menjadi baik jika mereka memilih untuk menjadi baik.
Tapi tidak mudah menolak godaan wang, pangkat, kuasa dan kemahsyuran. Perjuangan yang dahulu untuk kebaikan sejagat mula di kawal berdasarkan kepentingan individu, organisasi atau kumpulan-kumpulan yang inginkan 4 perkara di atas. Prinsip dan mata telah digelapi oleh nikmat dunia.
Tidak salah untuk mendapatkan wang, pangkat, kuasa dan kemahsyuran. Tetapi masalahnya, kebanyakannya yang telah diberi peluang telah menjadi tamak. Mula melebihkan kepentingan diri sendiri, kaum kerabat sedangkan pengikut yang bermatian-matian memperjuangkan agama ditindas dan dipijak-pijak, hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Di manakah keadilan yang diperjuangkan, di manakah kebaikan yang diajarkan.
Jika betul agama itu mendatangkan kebaikan, kenapa manusia sering berperang malah masih berperang sehingga ke hari ini. Jika agama mendidik manusia menjadi orang yang baik, kenapa masih ramai orang jahat di luar sana? Agamakah yang bersalah? Pentingkah berperang kerana agama walau membunuh mereka yang tidak bersalah? Di manakah agama jika hati masih penuh kejahatan, dendam dan ketamakan?
Sunday, December 4, 2016
12 Undang-undang Sejagat (The 12 Universal Laws) & Cara Mempraktikkannya dalam Kehidupan Kita
Kita semua selalu mendengar tentang Hukum Tarikan atau Law of Atraction — tetapi bagaimana dengan hukum polaritas, hukum kesatuan ilahi, atau hukum persuratan? Betul — undang-undang tarikan hanyalah salah satu daripada 12 Undang-undang Sejagat ataupun Law of the Universe, dan membiasakan diri dengan undang-undang 11 yang lain dapat membantu kita membuka kehidupan yang lebih sejajar dengan rohani. Di sini, saya akan berkongsi perspektif saya mengenai mengapa undang-undang ini penting dan bagaimana kita semua dapat menerapkannya dalam kehidupan kita.
Apakah 12 undang-undang sejagat, dan dari mana asalnya?
12 Undang-undang Sejagat dan Cara Menggunakannya.
1. Hukum Keesaan Ilahi (Law of Divine Oneness:):
2. Hukum Getaran (Law of Vibration):
3. Undang-undang Korelasi (Law of Correspondence):
4. Undang-undang Tarikan (Law of Attraction):
5. Undang-undang Tindakan Terinspirasi (Law of Inspired Action):
6. Undang-undang Transmutasi Tenaga Kekal (Law of Perpetual Transmutation of Energy):
7. Hukum Punca dan Akibat (Law of Cause and Effect):
8. Undang-Undang Pampasan (Law of Compensation):
9. Hukum Relativiti (Law of Relativity):
10. Undang-undang Polaritas (Law of Polarity):
11. Undang-undang Irama (Law of Rhythm):
12. Undang-undang Jantina (Law of Gender):
7 chakra utama mempengaruhi emosi, kesejahteraan diri dan penurunan berat badan kita
Walaupun anda sudah berusaha keras untuk makan makanan yang sihat dan bersenam tapi masih tidak dapat menurunkan berat badan? Anda telah ...
-
Adakah anda sudah memiliki Vision Board atau Papan Visi anda sendiri? Jika belum, saya akan kongsikan idea dan contoh papan visi yang sang...
-
Tahun ini, 2021 masuk tahun ke-2 kita semua hidup dengan pandemik ini. Vaksin sudah mula diberikan di kebanyakan negara. Ada yang memberik...