Thursday, January 14, 2021

MCO 2.0 / PKP 2.0. Lebih mudah dari sebelum ini.


Ketika pertama kali kita menghadapi Movement Control Order (MCO) / Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak kelam-kabut satu Malaysia. Maklumlah pertama kali berhadapan dengan situasi ini. Berpusu-puse semua orang keluar membeli barang keperluan untuk dibuat stock. Tidak tahu apa hendak difikirkan atau dijangka ketika itu kerana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini. Malah diluar negara juga mengalami situasi yang lebih teruk mengakibatkan rakyat Malaysia menjadi panik. Semua mula membuat  panic buying sehinggakan roti Gardenia juga kehabisan stock. Kesesakan lalu lintas akibat sekatan jalan raya di merata-rata tempat. Malah ramai yang disaman kerana ingkar arahan walaupun sudah diberitahu tidak boleh keluar. Entahlah, sama ada mereka ini tidak faham, atau memang mementingkan diri sendiri dengan sikap endah tidak endah mereka. Begitulah situasi PKP pada awalnya.




Selalunya, kesukaran pada kali pertama sahaja. Kali kedua ianya lebih mudah kerana pernah melaluinya sebelum ini. Bak kata pepatah "alah bisa, tegal biasa". Apa-apa sahaja pun akan sukar pada kali pertama sahaja selalunya.

Jadi pada PKP 2.0 ini tiada lagi panic buying. Malah saya juga hanya duduk dirumah dan tidak rasa terdesak untuk keluar walau kemana-mana sahaja. Apabila pernah melalui pengalaman sama sebelum ini maka lebih mudah untuk melaluinya pada kali kedua.

Begitu juga dengan kehidupan. Jika kita kerap menerima ujian dan dugaan, kegagalan dan kekecewaan, semakin lama kita akan menjadi semakin matang untuk menghadapinya dengan lebih tenag dan bijak sana. Benarlah kata orang tua-tua, pengalaman mematangkan kita.

Kuncinya adalah ketenangan. Selalu cuba untuk bertenang dalam apa jua situasi akan membolehkan kita berfikir dengan tenang dan membuat tindakan atau keputusan yang wajar. Kawal sifat amarah kerana ketusuan atau tindakan yang dibuat ketiaka marah selalunya akan mengakibatkan kita menyesal dikemudian hari. 

Ingat, apabila hendak marah, cuba untuk menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya secara perlahan-lahan. Ulanginya beberapa kali sehingga anda mula rasa relax.

No comments:

Post a Comment

7 chakra utama mempengaruhi emosi, kesejahteraan diri dan penurunan berat badan kita

   Walaupun anda sudah berusaha keras untuk makan makanan yang sihat dan bersenam tapi masih tidak dapat menurunkan berat badan? Anda telah ...