Sunday, January 10, 2021

Rabid. Apa pengajaran dari filem ini?

 Harini saya hendak komen tentang 2 filem yang saya tonton lewat malam tadi iaitu Rabid dan The Archer. Kita akan mulakan dengan Rabid dahulu.



Rabid (2019) adalah film drama misteri asal Kanada yang disutradarai oleh Jen dan Sylvia Soska dengan naskah yang ditulis oleh John Serge. Film Rabid (2019) diadaptasi dari film lama tahun 70an dengan judul yang sama karya David Cronenberg. Cerita ini agak menarik kerana ianya melibatkan penyebaran virus, walaupun bukan Corvid19 tetapi ianya virus yang merebak dan ada juga cubaan vaksin yang diberikan. 

Jim kita mulakan dengan sinopsis cerita ini. 

Filem ini mengisahkan seorang perempuan muda bernama Rose yang memiliki cita-cita untuk mejadi fashion designer yang terkenal.

Karakter yang dibawakan Rose dalam filem ini adalah seorang gadis yang pendiam, sopan, dengan imej sederhana dari segi penampilan mahupun tindakannya.

Namun demikian, saat dalam proses mengejar cita-citanya, Rose telah mengalami kemalangan jalan raya. Akibat daripada kemalangan itu, Sebahagian daripada wajah Rose telah rosak teruk dan menjadi cacat. Oleh kerana itu dia cuba mencari alternatif bagi merawat kerosakan teruk yang dialami diwajahnya, dia diberitahu bahawa dia perlu menjalani proses rawatan di mana wajahnya akan diberi sel-sel baharu sebagai pengganti.

Yakin dan percaya dengan kata-kata doktor tersebut, Rose kemudian bersetuju mendapatkan rawatan seperti yang disarankan. Namun begitu rawatan itu adalah rawatan baru dan belum pernah dicuba. Namun Rose nekad demi memulihkan wajahnya itu.

Pada awalnya, rawatan itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara mahupun kesan sampingan.

Namun lama kelamaan Rose mula menyedari bahawa rawatan tersebut telah menjadikan dia lebih cantik dari sebelum ini. Ini menjadikan Rose lebih berkeyakinan tinggi untuk mengejar cita-citanya menjadi designer yang terkenal.

Namun tanpa disedari Rose, dia mula merasakan perubahan pada diri dia. Dia mula merasakan sesuatu ada di dalam tubuhnya. Dan kerap berlaku sesuatu namun Rose tidak dapat mengingatinya. Seorang lelaki yang juga sebenarnya orang upahan Doktor yang membuat rawatan terhadap Rose sebenarnya yang selalu menyelamatkan Rose ketika dia bertindak luar kawalan. Lelaki tersebut mendekati Rose tanpa Rose ketahui tujuan sebenarnya.

Ketika Rose di dalam keadaan luar sedar, dia sebenarnya telah membunuh ramai dengan menghisap darah mereka. Mereka yang terkena gigitan itu akan berubah menjadi ganas dan menggigit orang lain pula dan seterusnya. 

Penyakit ini mula merebak keseluruh bandar dan virus ini tidak diketahui dari mana puncanya. Sebeanrya virus ini ada sel-sel ciptaan Doktor tersebut yang pada asalnya cuba untuk merawat isterinya yang menghidap kanser. Namun, mutasi sel tersebut telah menukar Rose menjadi makhluk penghisap darah.

Tanda-tanda virus ini adalah hanpir sama dengan Sars, antaranya ialah flu, demam dan batuk. Macam Corvid19 juga kan? Kerajaan mula mengumumkan bahawa penyakit yang menular itu adalah sebagai Rabbies dan mula memberikan vaksin kepada penduduk bandar tersebut.

Rose akhirnya ditangkap dan dikurung oleh Doktor tersebut. Manakala mereka yang mendapat vaksin semuanya dihapuskan kerana mendapat tahu yang vaksin tersebut tidak mendatangkan kesan. Mereka yang ebrgejala dan dijangkiti juga dihapuskan.

Pemberian vaksin tidak lama lagi. Anda yakin ingin mencuba vaksin tersebut yang belum diteliti dak diuji keberkesanannya? hahahaha itulah yang saya cuba sampaikan.

No comments:

Post a Comment

7 chakra utama mempengaruhi emosi, kesejahteraan diri dan penurunan berat badan kita

   Walaupun anda sudah berusaha keras untuk makan makanan yang sihat dan bersenam tapi masih tidak dapat menurunkan berat badan? Anda telah ...