Chakra Jiwa
Saturday, February 27, 2021
7 chakra utama mempengaruhi emosi, kesejahteraan diri dan penurunan berat badan kita
Friday, January 22, 2021
Kes makin meningkat, Ahli Politik yang Bertelagah, Jenayah Makin Banyak, Harga Minyak Naik
Tahun ini, 2021 masuk tahun ke-2 kita semua hidup dengan pandemik ini. Vaksin sudah mula diberikan di kebanyakan negara. Ada yang memberikan komen positif ada juga yang memberikan kesan maut. Maklumlah hanya setahun sahaja di hasilkan sedangkan vaksin yang sedia ada untuk penyakit lain, proses nak develop hingga benar-benar boleh digunakan mengambil masa sehingga ke 40 tahun. Jadi, apa yang vaksin 1 tahun ini boleh kita harapkan? Sebenarnya, kita menjadi bahan eksperimen secara paksa rela dalam situasi ini. Nak tak nak, terpaksa ambil. Saya belum dalam keadaan terdesak untuk mengambil vaksin itu, jadi biarlah mereka yang ingin mencuba untuk melakukannya terlebih dahulu untuk mengambil vaksin ini. Semenjak melalui spiritual journey yang dahsyat pada 2017 (kerana bertemu dengan Twin Flame), saya sudah tidak risau akan apa-apa permainan dunia ini. Cuma, melihat kepada kacau bilau yangs sedang di hadapi kita semua, berita tentang Sajat yang tak habis-habis, saya hanya mampu tersenyum.
Mungkin ada diantara kita masih tidak berapa terkesan dengan situasi sekarang, terutamanya yang bekerja di sektor pendidikan: Cikgu, pensyarah, mereka yang bekerja di kerajaan, masih mempunya gaji bulanan dan mampu bershopping lagi. Manakala mereka yang bekerja di sektor swasta, kedai-kedai, shopping mall, mungkin sudah merasai kesukaran malah ada yang sudah diberhentikan kerja dan tidak ada sumber pendapatan langsung. Di tambah pula dengan kenaikan harga minyak, kes jenayah pasti akan meningkat.
2018 saya pernah memberitahu beberapa rakan yang rapat yang juga dalam perjalanan rohani ini, apa yang saya nampak bakal berlaku, walaupun mereka sedang melaluinya, tapi mereka masih samar-samar dan saya telah melepasi tahap yang mereka sedang lalui. Malah ketika itu saya dapat banyak vision tentang masa depan. So far, semua yang saya nampak benar-benar berlaku seperti yang saya katakan.
Saya ingat pada bulan Januari 2020, ketika saya memandang ke langit, saya dapat merasakan sesuatu akan berlaku di Malaysia, saya mula rasa dan nampak vision cuma ketika itu saya tidak nampak jelas apa yang datang saya nampak seperti ramai orang sakit sahaja. Saya beritahu kepada rakan saya Z***, sesuatu akan berlaku, tetapi dia memang ada satu pemikiran yang susah nak terima atau dengar pendapat orang, tapi saya faham dia di peringkat itu yang mana dia masih ada ego yang tinggi. Jadi saya biarkan sahaja. Malah pada tahun sebelum itu juga bulan 12, 2019, pada bulan Mac, May, Jun 2020 saya ada membuat posting di FB saya untuk bg "hint" kepada orang ramai tentang situasi yang makin meburuk. Malah saya memberitahu beberapa rakan saya seperti H**** dan A****. Ada yang percaya dan ada yang tidak. Saya kata bulan 9, 2020 akan teruk balik kes. Tiada siapa mahu dengar kerana ketika itu Malaysia telah war-warkan kita sudah dapat melawan Corvid-19!!!
Masuk bulan 9, 2020, mula dapat kes baru dan kematian. Malah semakin hari semakin banyak. Namun mereka masih tidak percaya. Dan ada pula yang memerli saya. Namun, saya masih lagi beritahu mereka 2021 akan jadi semakin teruk dengan natural disaster yang akan turut datang. Pun mereka tidak mahu percaya.
Bayangkan jika saya memberitahu rakan yang mereka kata melalui spiritual journey pon tidak mahu percaya, apatah lagi mereka yang tidak melalui perjalanan rohani ini. Lgilah sukar untuk mereka menerima perkara yang saya sampaikan ini.
Namun, saya hanya mampu beritahu, percaya atau tidak, terpulang kepada anda, terpulang kepada mereka.
Saturday, January 16, 2021
Dunia dan Kacau-bilau. Manusia yang bangkit dan mereka yang masih belum bangkit. Di manakah kesudahannya?
Thursday, January 14, 2021
MCO 2.0 / PKP 2.0. Lebih mudah dari sebelum ini.
Ketika pertama kali kita menghadapi Movement Control Order (MCO) / Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak kelam-kabut satu Malaysia. Maklumlah pertama kali berhadapan dengan situasi ini. Berpusu-puse semua orang keluar membeli barang keperluan untuk dibuat stock. Tidak tahu apa hendak difikirkan atau dijangka ketika itu kerana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini. Malah diluar negara juga mengalami situasi yang lebih teruk mengakibatkan rakyat Malaysia menjadi panik. Semua mula membuat panic buying sehinggakan roti Gardenia juga kehabisan stock. Kesesakan lalu lintas akibat sekatan jalan raya di merata-rata tempat. Malah ramai yang disaman kerana ingkar arahan walaupun sudah diberitahu tidak boleh keluar. Entahlah, sama ada mereka ini tidak faham, atau memang mementingkan diri sendiri dengan sikap endah tidak endah mereka. Begitulah situasi PKP pada awalnya.
Selalunya, kesukaran pada kali pertama sahaja. Kali kedua ianya lebih mudah kerana pernah melaluinya sebelum ini. Bak kata pepatah "alah bisa, tegal biasa". Apa-apa sahaja pun akan sukar pada kali pertama sahaja selalunya.
Jadi pada PKP 2.0 ini tiada lagi panic buying. Malah saya juga hanya duduk dirumah dan tidak rasa terdesak untuk keluar walau kemana-mana sahaja. Apabila pernah melalui pengalaman sama sebelum ini maka lebih mudah untuk melaluinya pada kali kedua.
Begitu juga dengan kehidupan. Jika kita kerap menerima ujian dan dugaan, kegagalan dan kekecewaan, semakin lama kita akan menjadi semakin matang untuk menghadapinya dengan lebih tenag dan bijak sana. Benarlah kata orang tua-tua, pengalaman mematangkan kita.
Kuncinya adalah ketenangan. Selalu cuba untuk bertenang dalam apa jua situasi akan membolehkan kita berfikir dengan tenang dan membuat tindakan atau keputusan yang wajar. Kawal sifat amarah kerana ketusuan atau tindakan yang dibuat ketiaka marah selalunya akan mengakibatkan kita menyesal dikemudian hari.
Ingat, apabila hendak marah, cuba untuk menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya secara perlahan-lahan. Ulanginya beberapa kali sehingga anda mula rasa relax.
Monday, January 11, 2021
MCO 2.0 & Darurat Politik: Apa yang berbeza kali ini? Desakan Pandemik atau Politik?
Perjalanan antara negara akan sangat terhad di seluruh negara pada waktu tengah malam ini. Bagi kawasan di bawah pemulihan MCO, ini adalah satu-satunya perubahan ketara adalah terhadap SOP.
Untuk kawasan di bawah MCO bersyarat, banyak aktiviti sosial seperti perjumpaan, pameran, perjumpaan, dan upacara perkahwinan akan dilarang, sedangkan ianya telahpun dibenarkan sebelum ini tetapi pada separuh dari kapasitI asal tempat tersebut.
Sekatan tambahan juga akan dikenakan untuk aktiviti sukan dan rekreasi.
Perjalanan antara daerah akan dibatasi di daerah di bawah MCO setelah ia berlaku pada tengah malam.
Walaupun begitu, lebih banyak sektor ekonomi akan dibiarkan beroperasi, berbanding ketika pertama kali dilaksanakan pada 18 Mac 2020.
Bersama dengan ini, pusat jagaan kanak-kanak dan tadika swasta akan dibenarkan untuk terus dibuka untuk memenuhi keperluan ibu bapa yang bekerja. Tadika yang dikendalikan oleh kerajaan akan ditutup.
Walau bagaimanapun, ini masih menyebabkan banyak aktiviti dan perniagaan ditutup berbanding dengan MCO bersyarat yang ada sebelum MCO berkuatkuasa.
Apa yang akan dilarang di bawah MCO?
Menurut Ismail Sabri, aktiviti berikut tidak dibenarkan di tempat di bawah MCO:
- Pasar malam dan bazar.
- Kedai pakaian, pakar optik, tukang gunting rambut dan salun rambut, spa dan pusat refleksologi.
- Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, kelas seni, kelas ulangkaji, kelas bahasa, dll.
- Kelab malam dan pub.
- Taman tema, taman permainan dalaman, pusat karaoke, dan pawagam.
- Konsert dan acara langsung.
- Pertemuan bersemuka.
- Seminar, bengkel, kursus, latihan, konferensi, ceramah, pameran, dan kegiatan lain yang berkaitan dengan industri pertemuan, insentif, konvensyen, dan pameran.
- Acara sosial seperti perayaan, upacara perkahwinan dan pertunangan, majlis resepsi, acara keagamaan, ulang tahun, ulang tahun, perjumpaan, retret, dll
- Kegiatan sukan dan rekreasi, kecuali untuk berjoging (dalam kumpulan tidak lebih dari dua orang dan dalam lingkungan setempat) dan berbasikal (bersendirian, tidak lebih dari 10km dari tempat tinggal)
- Pertandingan sukan, kejuaraan, dan aktiviti yang melibatkan aktiviti besar atau peserta asing.
- Aktiviti pelancongan.
- Apa-apa peristiwa yang melibatkan banyak orang menyukarkan pelaksanaan jarak jauh fizikal.
Saya ada banyak hal untuk dibereskan tetapi saya di kawasan di bawah MCO. Apa yang perlu saya ketahui?
Secara amnya, anda mesti tinggal di rumah, tetapi anda mungkin perlu menjelajah ke luar untuk tujuan tertentu seperti membeli makanan, ubat, makanan tambahan dan keperluan asas.
Boleh keluar bukannya tidak boleh cuma tidak lebih dari dua orang setiap isi rumah boleh melakukan perjalanan bersama untuk melakukan tugasan yang hendak dilakukan, dan anda tidak dibenarkan untuk keluar lebih dari 10km dari tempat tinggal anda melainkan keperluan asas yang anda cari hanya dapat dijumpai di luar radius itu. Dalam kes terakhir, anda hanya dibenarkan pergi ke lokasi terdekat.
Darurat jadi 'gencatan senjata' kepada ahli politik
Sunday, January 10, 2021
Rabid. Apa pengajaran dari filem ini?
Harini saya hendak komen tentang 2 filem yang saya tonton lewat malam tadi iaitu Rabid dan The Archer. Kita akan mulakan dengan Rabid dahulu.
Rabid (2019) adalah film drama misteri asal Kanada yang disutradarai oleh Jen dan Sylvia Soska dengan naskah yang ditulis oleh John Serge. Film Rabid (2019) diadaptasi dari film lama tahun 70an dengan judul yang sama karya David Cronenberg. Cerita ini agak menarik kerana ianya melibatkan penyebaran virus, walaupun bukan Corvid19 tetapi ianya virus yang merebak dan ada juga cubaan vaksin yang diberikan.
Jim kita mulakan dengan sinopsis cerita ini.
Filem ini mengisahkan seorang perempuan muda bernama Rose yang memiliki cita-cita untuk mejadi fashion designer yang terkenal.
Karakter yang dibawakan Rose dalam filem ini adalah seorang gadis yang pendiam, sopan, dengan imej sederhana dari segi penampilan mahupun tindakannya.
Namun demikian, saat dalam proses mengejar cita-citanya, Rose telah mengalami kemalangan jalan raya. Akibat daripada kemalangan itu, Sebahagian daripada wajah Rose telah rosak teruk dan menjadi cacat. Oleh kerana itu dia cuba mencari alternatif bagi merawat kerosakan teruk yang dialami diwajahnya, dia diberitahu bahawa dia perlu menjalani proses rawatan di mana wajahnya akan diberi sel-sel baharu sebagai pengganti.
Yakin dan percaya dengan kata-kata doktor tersebut, Rose kemudian bersetuju mendapatkan rawatan seperti yang disarankan. Namun begitu rawatan itu adalah rawatan baru dan belum pernah dicuba. Namun Rose nekad demi memulihkan wajahnya itu.
Pada awalnya, rawatan itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara mahupun kesan sampingan.
Namun lama kelamaan Rose mula menyedari bahawa rawatan tersebut telah menjadikan dia lebih cantik dari sebelum ini. Ini menjadikan Rose lebih berkeyakinan tinggi untuk mengejar cita-citanya menjadi designer yang terkenal.
Namun tanpa disedari Rose, dia mula merasakan perubahan pada diri dia. Dia mula merasakan sesuatu ada di dalam tubuhnya. Dan kerap berlaku sesuatu namun Rose tidak dapat mengingatinya. Seorang lelaki yang juga sebenarnya orang upahan Doktor yang membuat rawatan terhadap Rose sebenarnya yang selalu menyelamatkan Rose ketika dia bertindak luar kawalan. Lelaki tersebut mendekati Rose tanpa Rose ketahui tujuan sebenarnya.
Ketika Rose di dalam keadaan luar sedar, dia sebenarnya telah membunuh ramai dengan menghisap darah mereka. Mereka yang terkena gigitan itu akan berubah menjadi ganas dan menggigit orang lain pula dan seterusnya.
Penyakit ini mula merebak keseluruh bandar dan virus ini tidak diketahui dari mana puncanya. Sebeanrya virus ini ada sel-sel ciptaan Doktor tersebut yang pada asalnya cuba untuk merawat isterinya yang menghidap kanser. Namun, mutasi sel tersebut telah menukar Rose menjadi makhluk penghisap darah.
Tanda-tanda virus ini adalah hanpir sama dengan Sars, antaranya ialah flu, demam dan batuk. Macam Corvid19 juga kan? Kerajaan mula mengumumkan bahawa penyakit yang menular itu adalah sebagai Rabbies dan mula memberikan vaksin kepada penduduk bandar tersebut.
Rose akhirnya ditangkap dan dikurung oleh Doktor tersebut. Manakala mereka yang mendapat vaksin semuanya dihapuskan kerana mendapat tahu yang vaksin tersebut tidak mendatangkan kesan. Mereka yang ebrgejala dan dijangkiti juga dihapuskan.
Pemberian vaksin tidak lama lagi. Anda yakin ingin mencuba vaksin tersebut yang belum diteliti dak diuji keberkesanannya? hahahaha itulah yang saya cuba sampaikan.
Saturday, January 9, 2021
Hujan lagi dari semalam. Banjir baru sahaja reda. Corvid19 masih memuncak. Sang Politikus mahukan Pilihan Raya.
Aku dah bangun dari pukul 4.30 pagi tadi. Bangun agak awal pagi entah kenapa aku pon tak tau. Hujan masih belum berhenti dari semalam. Kali terakhir hujan begini, tak berhenti, habis banjir di beberapa daerah di Johor Bahru dan beberapa negeri lain yang turun mengalami hujan tak berhenti seperti di sini. Mujur kawasan tempat aku tinggal agak tinggi. Walaupun aku selamat, namun bila lihat di tv keadaan banjir, sedih pula rasa.
Aku sukakan hujan dan cucaca nyaman seperti ini. Bukan aku tidak sensitif terhadap sekeliling aku, cuma siapa sangka dikala kita menikmati cucaca indah, nyaman, sejuk dan tenang, di tempat orang lain ianya adalah musibah. Ini juga antara rahasia Tuhan yang kita tidak ketahui. Disebalik setiap kegembiraan pasti terselit kedukaan.
Kadang-kadang sekecil-kecil perkara yang tidak penting untuk kita amat besar nilai dan maknanya kepada orang lain. Sebagai contoh, aku banyak baju yang tidak berpakai, sudah tidak muat atau terlalu banyak sangat. Tetapi di tempat lain ada orang yang tidak ada pakaian yang secukupnya, jika adapun pakaiannya compang-camping. Begitulah resam dunia. Kenyataan ini pahit namun harus ditelan. Susah untuk minta keadilan sejagat kerana ianya perlukan kerjasama sejagat juga. Jika aku seorang sahaja yang hendak melawan mempertahankan keadilan, menghalang penindasan, takkan menjadi. Apalah daya aku seorang di atas planet yang ada lebih kurang 7.7 biilion manusia ini. Aku ini hanya ibarat sebutir pasir di lautan. Hanya jika semua pasir ini dikumpulkan, barulah ianya cukup untuk membentuk istana pasir. Namun jika terkena ombak sedikit-sedikit ia mula terhakis dan jika ombak terlalu kuat, sekali hempasan cukup untuk memusnahkannya. Seprti itu juga hati kita manusia yang sering berbolak balik. Kuatkah kita menentang ketidak adilan sistem dunia? Mampukah kita?
Di media sosial pulak aku terbaca bahawa seorang presiden sebuah parti yang korup ini meminta pilihanraya. Sangat Sellfish!! Dikala pandemic ini banyak business yang gulung tikar danramai orang kehilangan pekerjaan akibat kadar jangkitan yang semakin meningkat, beliau mahukan pilihan raya. Walaupun tahu akibatnya memandangkan sudah ada contoh akibat daripada Pilihan Raya di Sabah yang sehingga kini impaknya masih belum hilang. Banjir yang baru reda disesetengah daerah dan negeri juga melihat begitu banyak kemusnahan harta benda dan hari ini hujan turun lagi tidak berhenti. Apalah yang difikirkan merela golongan ahli politik yang sudah tentunya korup ini. Sekurang-kurangnya mereka masih tinggal dirumah yang mewah, ada duit untuk berbelanja besar lagi sedangkan rakyat sudah terpaksa mengikat perut.
Kadang-kadang, manusia jika sudah terdesak akan sanggup lakukan apa sahaja demi melepaskan diri walau menggadai nyawa orang lain, walau mengorbankan orang lain. Janji, harta dan pangkat dapat diselamatkan. Bila nafsu dan syaitan beraja di hati, menggunakan nama agama, Allah, perjuangan, dan keadilan sedangkan semuanya hanya untuk diri sendiri semata. Hipokrit!!! Inilah penipu paling besar. Rakyat semakin tertindas semakin melarat. Golongan kayangan masih mampu bertahan, bagaimana pula si picisan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Wednesday, December 9, 2020
Marah dan sakit. Apa kaitannya?
Apakah tiga jenis kemarahan itu?
Tiga jenis ungkapan kemarahan umum adalah:
- Agresif.
- Pasif.
- Tegas.
kemarahan adalah satu emosi akibat daripada/untuk menutup ketakutan (atau semacam "kelemahan", iaitu emosi yang lebih rentan, seperti kegelisahan, rasa malu, rasa bersalah, tidak berdaya, atau kesedihan).
Jadi, apa yang menyebabkan kemarahan?
Apa yang menyebabkan orang marah? Terdapat banyak pencetus amarah, seperti kehilangan kesabaran, merasakan seolah-olah pendapat atau usaha anda tidak dihargai, dan ketidakadilan. Sebab-sebab kemarahan lain termasuk kenangan peristiwa traumatik atau memalukan dan bimbang tentang masalah peribadi.
Apakah tabda-tanda kemarahan boleh memberi kesan kepada fizikal?
- mengepalkan rahang anda atau mengisar gigi.
- sakit kepala.
- sakit perut.
- degupan jantung meningkat dan cepat.
- berpeluh, terutamanya tapak tangan anda.
- berasa panas di leher / muka.
- gemetar atau menggeletar.
- pening.
Sunday, December 6, 2020
7 KEBAIKAN DIET KETO
7 KEBAIKAN DIET KETO
1. Berat Badan
Ini sudah semestinya, adalah kebaikan utama yang dicari oleh orang ramai. Apabila lemak menjadi sumber tenaga, badan anda secara aktif membakar lemak apabila ia memerlukan lebih tenaga berbanding menggunakan glukosa.
Tetapi bagaimana proses sebenar berfungsi?
Apabila badan anda memasuki ketosis, gula darah dan paras insulin menurun. Ini memberikan sel-sel lemak keupayaan untuk melepaskan air yang telah mereka simpan dan inilah sebab pada mulanya, kebanyakan orang melihat kejatuhan besar berat badan mereka akibat kehilangan air.
Selepas itu berlaku sel-sel lemak cukup kecil untuk memasuki aliran darah dan memasuki hati di mana mereka boleh ditukarkan menjadi keton.
Proses ini berterusan semasa anda menempuhi sepanjang perjalanan keto dan selagi anda meletakkan diri anda dalam defisit kalori (kurang kalori).
2. Kawalan Selera Makan
Satu perkara yang luar biasa berlaku apabila diet anda tidak berat karbohidrat. Anda akan mendapati bahawa anda tidak lapar seperti biasa dan tidak berakhir dengan keinginan rawak yang menyebabkan anda makan makanan yang tidak sihat.
Ramai orang yang melakukan keto dapat melakukan intermittent fasting (puasa secara berselang-seli) di mana mereka hanya makan pada tempoh tertentu seharian. Hal ini boleh dilakukan kerana perut anda tidak akan menanggis memberitahu anda bahawa anda perlu makan donat.
Sunday, November 1, 2020
KETO DIET ATAU Diet Keto. Apa yang kita perlu tahu?
Diet Keto. Apa yang kita perlu tahu?
Apakah Diet Keto?
Ketiga badan keton atau mudah kata, keton, yang dihasilkan apabila kita membakar lemak menjadi tenaga adalah Acetoacetate (AcAc), asid beta-hidroksibutrik (BHB) dan Aseton. Walaupun pengukuran keton dalam darah adalah yang paling tepat, ia tidaklah begitu mudah kerana perlu menitiskan beberapa titisan darah kepada jalur keton. Metod pengukuran keton adalah kaedah pilihan kami, biarpun ianya hanya mengukur aseton pada nafas, ia memberikan korelasi yang kuat sebagai penanda aras bagi keseluruhan proses ketosis yang berlaku. Ramai yang keliru dengan keadaan ketoasidosis yang mengancam nyawa. Terutamanya kepada pesakit kencing manis haruslah berjaga-jaga dan peka dengan gejala awal penyakit.
Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai statistik tertinggi bagi penyakit obesiti dan diabetes di seluruh Asia. Diet Keto terbukti mampu menawarkan penyelesaian yang lebih praktikal dan berkesan. Namun, ianya tetap bergantung kepada keadaan dan objektif kesihatan individu terbabit dan kemudiannya dapat disesuaikan secara lebih praktikal. Setiap tubuh badan manusia mempunyai penerimaan yang berbeza tetapi kita mampu memperbaiki cara pemakanan keluarga kita dengan pengetahuan dan info yang disediakan oleh Diet Keto hari ini.
Saturday, October 13, 2018
5 Tahap Penemuan Dharma + Cara Mengetahui Di Mana Anda berada
Perkara yang anda perlu lakukan adalah untuk menghadapi segala keterbatasan dalam diri anda. Halangan yang harus anda atasi untuk mewujudkan visi itu menjadi latihan yang anda perlukan untuk mewujudkan dharma anda dan membaginya dengan dunia.
Anda sebenarnya dilahirkan dengan hadiah unik yang anda ingin kongsi dengan orang lain. Hadiah-hadiah ini mungkin tidak dapat dipelihara sepenuhnya, tetapi ianya ada di sana, menunggu anda untuk memanfaatkannya. Mungkin anda menyedari pemberian ini, tetapi rasa takut menghalang anda untuk menggunakannya dan memberinya kepada orang lain. Atau mungkin ego anda tidak akan membolehkan anda mengingat apa itu (kerana ego anda hanyalah pengawal jiwa anda). Saya akan membincangkan: bukan sekadar tentang mencari dharma anda juga untuk mengingat dharma anda.
Kisah yang ingin saya kongsikan berulang kali adalah kisah di sebalik kisah ini - bagaimana saya mencipta kenyataan ini. Apa yang saya sedar ialah Ayurveda tidak hanya memberitahu kita tentang kesihatan kita tetapi pada tahap yang lebih mendalam membantu dalam mengenali siapa kita. Ini mengajar kita untuk menyelaraskan minda dan badan supaya kita dapat dibimbing oleh kehalusan jiwa kita.
Tahap 1: Kesedaran diri
Tahap 2: Pembaikan diri
Tahap 3: Kebangkitan
Tahap 4: Kesedaran yang lebih tinggi
Tahap 5: Melangkah ke dalam dharma anda
7 chakra utama mempengaruhi emosi, kesejahteraan diri dan penurunan berat badan kita
Walaupun anda sudah berusaha keras untuk makan makanan yang sihat dan bersenam tapi masih tidak dapat menurunkan berat badan? Anda telah ...
-
Adakah anda sudah memiliki Vision Board atau Papan Visi anda sendiri? Jika belum, saya akan kongsikan idea dan contoh papan visi yang sang...
-
Tahun ini, 2021 masuk tahun ke-2 kita semua hidup dengan pandemik ini. Vaksin sudah mula diberikan di kebanyakan negara. Ada yang memberik...